Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 4 Jun 2012

Presentasi - Apa yang perlu di elakkan


Presentasi sememangnya satu tugasan yang boleh dianggap sebagai satu cabaran yang menguji skil kita dalam berkomunikasi kepada prospek/pelanggan. Penerangan yang terbaik dalam memberikan kefahaman yang diperlukan oleh prospek/pelanggan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya. Jangan sama sekali menganggap mudah sahaja kerana untuk menarik perhatian mereka, penerangan yang memuaskan  hati dan mendapatkan keputusan yang diperlukan bagi menerima produk yang kita tawarkan.

Tiada sesiapapun yang memerlukan kegagalan melainkan kejayaan sahaja. Namun bagi mendapatkan kejayaan bukannya satu tugasan yang mudah yang boleh di perolehi dengan cara dan kaedah yang begitu sahaja. Bukan mengharapkan takdir atau bernasib baik sahaja untuk mendapatkan penutupan jualan dan presentasi yang diberikan mendapat sambutan yang baik dari prospek/pelanggan yang ditemui tetapi juga terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan semasa presentasi yang dilakukan tidak menjadi hambar dan diterima baik oleh prospek/pelanggan.

Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan semasa presentasi diadakan supaya kegagalan dapat dielakkan adalah dengan cara

i.                    Tiada persiapan
Apa pun perkara yang dilakukan, semuanya memerlukan persiapan yang rapi dan jitu agar apa yang dilakukan dan dipersembahkan kepada orang lain mempunyai kesempurnaannya agar pendengar yang ada tidak memberikan kebosanan yang melampau hanya hasil dari persiapan kita yang tidak sempurna yang terlalu banyak cacat celanya. Jangan dibiarkan kita tiada persiapan asas agar prospek/pelanggan tidak merasa dikecewakan.

ii.                  Terlalu banyak maklumat yang disampaikan
Terlalu banyak info yang disampaikan akan membuatkan prospek/pelanggan merasa jemu dan bosan sehingga mereka nak bertanya atau mengemukakan permasalahan mereka agar sukar dan payah. Kurangkan presentasi tapi lebihkan banyak bertanya dan kemukakan soalan-soalan yang sepatutnya yang ada kaitan dengan keperluan dan kemahuan mereka yang mendengarnya. Penerangan biarlah ringkas, jelas dan padat.

iii.                Masa yang terlalu lama diperuntukkan
Elakkan dari mengambil masa yang terlalu lama, fikirkan tentang prospek/pelanggan dan jangan sama sekali fikirkan tentang masa luang kita kepada mereka. Semakin kita ringkaskan masa penerangan kita kepada mereka semakin banyak masa kita ketahui segala masalah mereka untuk kita bantu mereka se maksimum yang termampu.

iv.                 Topik yang disentuh banyak sekali
Adunkan agar tiada topik-topik yang boleh menghilangkan minat orang untuk mendengarnya kerana mereka yang mendengarnya bukannya di dalam sesi pembelajaran seperti di sekolah atau di kolej. Ringkaskan sebaik yang mungkin agar mereka merasa mudah difahami dan tahu apa yang boleh kita bantu mereka.

v.                   Antara nyata dan penyeri persembahan
Bila memberi penerangan biarlah berfakta tentang produk yang ditawarkan dengan memberikan segala kelebihan dan manfaat produk yang ditawarkan kepada mereka. Bukan yang mendengarnya bukan hendak melihat gaya persembahan yang menarik dari kita tetapi hanya untuk mendapat tahu apa yang mereka dapati dari produk yang kita tawarkan kepadanya.

vi.                 Tidak teratur
Susunlah dan aturkan presentasi kita sebaik yang mungkin yang dirasakan dapat diterima dan difahami dengan baik dan jelasnya tentang segala kelebihan dan manfaat yang bakal diterima oleh prospek/pelanggan yang mendengarnya. Jangan biarkan dan bagi mereka keliru dan pening kepala dibuatnya hasil daripada kecelaruan kita menyampaikan maklumat yang dikehendaki. Susunan yang betul dan memudahkan lagi kefahaman memberikan impak dan kesan yang terbaik untuk mereka mendapatkan kefahaman dan sampai segala info kepada mereka apa yang ingin kita utarakan. Bila mereka telah fahami dan ketahui maka semakin mudah untuk kita mendapatkan penutupan jualan dari mereka.
 
vii.               Terlalu banyak kesilapan
Kita yang menjual tunjukkan profesionalnya kita kepada mereka. Sifar kan segala kesilapan dan kesalahan yang boleh dielakkan agar prospek/pelanggan lebih yakin dengan keupayaan kita dalam memberikan penerangan. Kalau kita tidak yakin dan asyik memberikan maklumat yang tidak betul, keyakinan mereka kepada kita pasti akan luntur begitu sahaja. Elakkan dari perkara sebegini berlaku dengan mudah dan senangnya.

Elakkan dari berlaku kegagalan dalam presentasi dan persembahan kita kepada prospek/pelanggan yang ditemui kerana ia melibatkan kredibiliti dan tanggungjawab kita kepada prospek/pelanggan tersebut. Ia nya adalah bermula dengan latihan dan seterusnya pengalaman yang ditempuhi untuk diperbaiki dari masa ke semasa. Semakin kita menguasai kemahiran melakukan presentasi dan persembahan yang diharapkan semakin mudah pula untuk kita mendapatkan penutupan jualan yang dikehendaki.





Read more >>

Ahad, 3 Jun 2012

Jangan lakukan semasa mesyuarat jualan


Oleh itu elakkan dan pastikan sama sekali jangan dilakukan semasa mesyuarat tersebut dengan

i.                    Mencaci
·         Jangan sama sekali menyalahkan seseorang di hadapan orang ramai
·         Jangan menjadikan contoh jika hadapi masalah atau prestasi merudum
·         Bincang isu-isu negatif secara tertutup
·         Isu-isu kegagalan jualan terletak di bahu semua orang dan elakkan seorang sahaja

ii.                  Menakut-nakutkan
·         Beri tekanan atau ancaman kepada seseorang
·         Tidak beri peluang langsung untuk membela diri
·         Arahan yang penting bukannya perkongsian idea.

iii.                Menundukkan
·         Terlalu tunjukkan ada kekuasaan
·         Memimpin bukannya mengarah
·         Lakukan tugasan bagi mencapai pelan tindakan tanpa mengambil kira pandangan orang lain

Diharap dengan adanya penjelasan yang sebegini, mesyuarat yang sering kali kita hadiri baik sebagai ahli mesyuarat ataupun pengerusi mesyuarat dapat dijalankan dalam satu situasi dan kondisi yang segar, meriah dan dapat diterima dengan baik oleh semua orang yang menghadirinya. Jangan sama sekali kita menganggap mesyuarat yang kita hadiri ini adalah satu tempat seksaan mental dan pemikiran apabila kita menghadirinya. Tanpa mesyuarat, bermakna tiada siapa yang boleh dan mampu untuk menegur tindakan dan prestasi kita setiap hari dengan lebih berkesan dan efektif tambahan pula di ketika prestasi kita yang sedang merudum dan jatuh dengan teruknya. Ambil segala iktibar dan panduan agar segala tindakan jualan yang kita lakukan ini adalah selari dengan apa yang dimahukan oleh pihak pengurusan.



Read more >>

Sabtu, 2 Jun 2012

Apa perlu ADA dalam mesyuarat jualan


Antara perkara-perkara asas yang perlu ada dalam mesyuarat yang diadakan adalah

i.                    Keutamaan masa amat penting
Penetapan masa untuk hadir, perjalanan dalam mesyuarat, isi kandungan dan isi kandungan dalam mesyuarat perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pihak. Jangan ambil mudah dan sambil lewa sahaja kerana kita tidak mahu menjadikan mesyuarat dalam jualan seolah-olah menjadikan satu tempat untuk berehat dan menangkan perasaan dan jiwa sahaja lari dari tanggungjawab yang sebenarnya untuk melakukan jualan. Biarlah jelas, ringkat dan padat agar semua yang menghadirinya akan lebih memahami dan ketahui akan apa yang dimaksudkan.

ii.                  Tidak satu mesyuarat pun yang tidak efektif sama ada ia nya dapat memberikan sama ada satu kesan positif ataupun tidak.
Sama ada mesyuarat itu terbaik ataupun tidak semuanya bergantung pada keputusan akhir yang di perolehi sama ada penetapan tugasan mengikut strategi yang ditetapkan berjaya ataupun tidak. Bukan mesyuarat tersebut yang efektif ataupun tidak tetapi cara dan kaedah dalam melakukan jualan seperti mana yang diputuskan dalam mesyuarat itulah baru diketahui sama ada ia memberi kesan yang positif ataupun tidak.

iii.                Pastikan dalam mesyuarat tidak menyalahkan sesuatu baik dalam situasi
Sebagai pengerusi mesyuarat ataupun ahli mesyuarat elakkan perkara-perkara berikut terjadi sama ada
·         Menyalahkan seseorang
·         Mempersalahkan pasaran
·         Perkatakan apa yang tiada kaitan dengan jualan
·         Ambil mudah dan tiada kesungguhan

iv.                 Ahli-ahli dalam mesyuarat sudah pasti tidak memaklumkan sama ada ia amat efektif ataupun tidak kerana
·         Ahli yang hadir pun masih samar-samar tidak ketahui sama ada ia efektif ataupun tidak
·         Suka atau tidak walaupun membosankan masih berdiam diri kerana luahan hati yang tidak berani diluahkan sama sekali
·         Hadiri sahaja kerana itu adalah satu arahan yang wajib untuk hadir

Tidak dinafikan menghadiri mesyuarat bergantung sepenuhnya kepada mod pengerusi majlis dan keadaan interaksi antara semua orang yang menghadirinya sama ada ia boleh menimbul minat semua orang untuk memberikan dan mengeluarkan pandangan, membosankan atau tunduk mengikut arahan sahaja tanpa dibenarkan interaksi antara ahli mesyuarat dengan pengerusi mesyuarat. Semuanya bergantung sama sekali dengan suasana pada mesyuarat tersebut.



Read more >>

Jumaat, 1 Jun 2012

Tujuan Mesyuarat dalam jualan



Melakukan dan menghadiri mesyuarat dalam jualan amat digalakkan bagi memastikan segala perancangan, strategi, tindakan dan keputusan dapat dicapai dan diambil perhatian yang sewajarnya dan sepatutnya tanpa perlu teragak-agak. Segala yang dipersetujui dengan arahan yang difahami akan lebih memudahkan lagi melakukan jualan yang dituntut seperti mana yang dikehendaki. Tiada salah faham dan pergolakan ke tidak puasan hati tidak mudah terjadi kerana masing-masing telah tahu dan faham apa yang perlu dan tidak perlu untuk dilakukan. Sebaik-baik mesyuarat yang diadakan setiap pagi biarlah seringkas yang boleh dan tempoh masa yang terbaik adalah sekitar antara lima belas ke dua puluh minit sahaja mengikut berapa ramai ahli mesyuarat yang menghadirinya.

Sentiasa fahami tujuan mengadakan sesuatu mesyuarat tersebut adalah untuk

i.                    Memaklumkan
Beritahu apa yang perlu diketahui oleh semua ahli mesyuarat tentang apa yang dikehendaki oleh pengerusi majlis seperti hala tuju, prosedur, kerenah yang sepatutnya diikuti dan sebagainya serta serba sedikit tentang motivasi di kalangan ahli

ii.                  Membincangkan
Masa terbaik membincangkan tentang prestasi dan pencapaian ahli kumpulan yang hadir. Segala isu-isu yang dibangkitkan cari jalan penyelesaiannya yang terbaik. Cari aktiviti terbaik apa yang perlu dilakukan bagi menaikkan lagi jumlah jualan yang ada dan dapatkan kaedah dan cara mencapai sasaran dengan lebih berkesan lagi

iii.                Memutuskan
Dengan persetujuan semua putuskan kaedah dan cara supaya semua orang mengikuti tugasan yang sama tanpa memberikan sebarang alasan lagi. Bergerak dalam satu pasukan menjadikan matlamat utama.

Dalam menghadiri satu-satu mesyuarat yang diadakan, mesyuarat yang baik adalah mencari jalan ataupun kaedah bagaimana untuk kita semua dapat memikirkan agar segala yang diperbincangkan dapat memenuhi sasaran yang dibekalkan dan meningkatkan lagi pendapatan di samping mengetahui perkara-perkara terbaru segala arahan, prosedur, pasaran dan permintaan. Dalam mesyuarat juga boleh dijadikan juga sebagai satu medan dan tempat sebagai satu dorongan dan penaik semangat untuk semua yang hadir. Cuma dalam mesyuarat itu nanti pastikan agar tiada pembaziran dan membuang masa begitu sahaja terjadi, manakala sebagai pengerusi mesyuarat sebaik-baiknya elakkanlah ia nya menjadi satu tempat memarahi orang yang ada (maruah dan aib seseorang perlu dijaga dan jika ia menimbulkan kemarahan eloklah sahaja dipanggil secara bersemuka di bilik yang berasingan) di samping memandang mudah yang amat sangat perjalanan mesyuarat tersebut.




Read more >>