Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Ahad, 4 Mac 2012

JANGAN ADA ANDAIAN/TANGGAPAN


Melakukan jualan adalah sesuatu perkara yang memerlukan pengorbanan dan kesanggupan untuk melakukannya. Mempunyai keyakinan diri menambahkan lagi kesungguhan untuk melakukan jualan walau pada siapa pun juga yang ditemui.  Walau bagaimanapun untuk mendapatkan keyakinan dan komitmen diri yang tinggi, pemikiran kita juga harus dijaga terlebih dahulu. Agak sukar untuk mencapainya atau melakukannya selagi pemikiran kita tidak diperbetulkan terlebih dahulu. Ini adalah kerana apa sahaja yang kita lakukan ia lebih terarah kepada dua perkara yang hendak dan mahu dilakukan iaitu sama ada apa yang kita inginkan dan juga apa yang kita memang boleh lakukannya.

Masalah yang timbul kini adalah kita akan kuat melakukan andaian demi andaian ataupun persepsi demi persepsi mengenai sesuatu perkara atau tugasan yang belum kita lakukan lagi, kita tak mencubanya lagi lalu kita membuat kitaian yang perkara itu adalah sukar atau payah untuk dilaksanakan oleh kita terlebih dahulu. Perasaan negatif ini akan muncul juga mengganggu tindakan kita walaupun kita telah berjaya memikirkannya secara positif dan penyebutan kita juga telah pun positif. Tapi malangnya masih juga berlaku kerana ini mungkin di sebabkan

i.                    Kita masih gagal kerana tiada keyakinan diri
Melakukan sesuatu memerlukan keyakinan dan kepercayaan yang tinggi untuk kita dapat melakukannya walaupun apa pun rintangan, dugaan dan cabaran yang bakal hadapi. Jangan merasakan kesukaran sahaja yang kita perlu ketahui tetapi kena tahu apa cabaran yang perlu kita atasi. Lihatlah pasukan sukan negara kita belum apa-apa laungan ‘Malaysia Boleh’ pasti bergema bagi meniup semangat pemain-pemain negara menghadapi lawan masing-masing. Hanya keyakinan yang boleh mengubah kehidupan kita menjadi satu realiti.

ii.                  Mudah terpengaruh dengan apa yang orang lain perkatakan
Bila berkawan, carilah kawan yang boleh memberikan kita satu nasihat yang positif kepada diri kita. Jangan cari nasihat dan cerita orang dari orang yang bukan sama bidangnya dengan kita kerana dikhuatiri pengalaman yang ditempuhnya tidak sama dengan apa yang dilalui oleh kita. Kita ada pendirian, kita kena kukuhkan pendirian kita untuk melangkah lebih jauh lagi. Bukan semua pendapat orang kita boleh terima mentah-mentah begitu sahaja. Berfikirlah demi kebaikan dan kesesuaian dengan kehendak dan tindakan kita seterusnya.

iii.                Tidak mahu belajar dan mendapatkan ilmu
Ilmu tidak pernah habis dan kering kontang. Ilmu perlu di cari dan bukannya ilmu mencari kita. Tanpa ilmu kita pasti tidak ke mana memandangkan kita tidak tahu apa-apa pun tentang apa yang kita hendak dan akan lakukan. Sentiasa kemas kini kan ilmu kita mengikut arus kehidupan dan karier kita bagi menjamin memudahkan lagi kita tahu akan apa yang kita lakukan dan tidak sama sekali membuat andaian begitu sahaja. Bila kita sudah berilmu, bermakna kita sudah tahu, secara automatiknya keyakinan diri kita meningkat dan mendorong kita melakukannya dengan langkah yang terbaik dan seperti mana yang di mahukan.

iv.                 Merasakan kita sahaja yang betul
Kita rasa kita betul sahaja, sememangnya kita berada dalam satu keadaan yang cukup bahaya kerana rasa dan kitaikan kita sentiasa betullah akan mengakibatkan diri kita suka melakukan anggapan yang bukan-bukan. Sentiasa kena ingat yang kita ini adalah manusia yang Allah cipta untuk hidup di bumi Allah ini menjadi Khalifah sememangnya tidak dijadikan sesempurna ciptaanNya. Elakkan sentiasa berfikiran dan beranggap sentiasa betul dan benar. Dapatkan bantuan dan pendapat sebaik-baiknya dari bos kita, rakan sekerja mahupun juga dari rakan-rakan kita yang melakukan jualan juga tetapi dari organisasi yang lain. Elakkan diri kita dari menjadi seorang yang bongkak dan ego kerana jika kita ada penyakit seperti begini, orang lain pasti tidak akan mahu nanti bergaul dengan kita di mana juga kita berada.

v.                   Jangan pandang belakang
Untuk bergerak maju apa yang kita lakukan jangan di toleh ke belakang lagi tetapi susunlah langkah kita untuk terus memacu ke hadapan demi hadapan agar segala tindakan kita berterusan mencapai kejayaan. Buang segala anggapan dan tanggapan kita yang negatif tersebut supaya ianya sama sekali tidak mempengaruhi kita tatkala kita melakukan tugasan jualan dan bertemu dengan prospek/pelanggan kita.

vi.                 Tidak serius
Apa juga tugasan dan tindakan yang ingin kita lakukan perlu kita sentiasa mahu dan serius untuk kita lakukan secara bersungguh dan bukannya secara melepaskan batuk di tangga. Dengan kesungguhan dan penuh rasa tanggungjawab sambil memikirkan amanah yang perlu dipikul akan menjadikan kita akan lebih serius dan memberi tumpuan yang sepatutnya. Bila kita merasakan kita cukup bersungguh melakukan tugasan dan kerja kita dalam jualan pasti kegusaran kita melakukan segala andaian dan anggapan yang negatif boleh dihilangkan begitu sahaja.

vii.               Usaha tangga kejayaan
Pepatah Melayu yang sehingga kini tetap digunakan dari zaman dahulu lagi. Tanpa berusaha, kejayaan yang diingini masih tidak dapat dimiliki lagi. Jangan mudah mengalah, kecewa, merana, putus asa dan marah hanya kerana kita malas untuk berusaha. Kejayaan tidak akan datang bergolek kepada kita begitu sahaja tanpa ada usahakannya secara bersungguh-sungguh dengan kekuatan hati kita untuk melakukannya. Tidak satu pun pekerjaan di muka bumi ini yang hanya memerlukan kita sentiasa duduk bersenang lenang menanti wang datang dan muncul di hadapan muka kita melainkan kita terus berusaha untuk mendapatkannya.


Bukan tidak dibenarkan andaian atau tanggapan dilakukan. Namun segala yang tidak baik dan memberikan satu kitaian dan tanggapan yang negatif untuk karier kita perlu dielakkan demi menjaga dan menjamin karier kita dalam melakukan jualan dapat dihindarkan dengan baik dan betul pada lkitasan seperti mana yang dikehendaki. Tidak cukup kalau kita berfikiran positif sahaja tapi usaha kita masih belum positif untuk melakukan tindakan yang sepatutnya. Perubahan perlu ada bagi memastikan segala apa yang dirancang dapat dilakukan dengan baik dan sempurnanya supaya tindakan yang sepatutnya kita lakukan dapat menghasilkan pencapaian yang terbaik untuk kejayaan diri kita sendiri.



Read more >>

Sabtu, 3 Mac 2012

KENAPALAH SAYA YANG DI TAWARKAN ????


"Soalan yang paling berbahaya prospek atau pelanggan bertanya" Mengapa saya? "Dan dia boleh meminta lebih daripada sekali ... produk dan aliran komunikasi mesti terus memberikan mereka dengan kedua-dua jawapan secara yang rasional dan emosi."
- Lester Wunderman, perintis pemasaran 




Begitulah luahan prospek/pelanggan apabila kita menemui mereka bagi tujuan melakukan jualan. Soalan ‘Mengapa saya’ adalah satu soalan yang cukup merangkumi satu persoalan yang cukup mencabar diri kita bagi memaklumkan kenapa beliau dipilih oleh kita sebagai tempat kita menawarkan produk kepadanya. Kenapa tidak orang lain? Mungkin ada sesuatu yang boleh dikatakan terlalu istimewa buat dirinya kenapa kita pilih beliau.

Sebelum kita bertemu dengan sesiapapun juga, saya amat yakin dan percaya yang kita lakukan pertemuan dengan prospek/pelanggan tersebut adalah semata-mata kita telah mengkaji dan melakukan penyelidikan terlebih dahulu tentang prospek/pelanggan tersebut dan bukannya sama sekali kita main redah semata-mata. Tapi jika kita masih ketemu dan berjumpa dengan prospek/pelanggan seperti ini adalah disarankan agar maklum balas yang diberikan juga perlu diberikan secara rasional dan cukup beremosi seperti yang diperkatakan oleh Lester Wunderman. Antara yang disarankan untuk kita melakukannya adalah

i.                    Berikan penghargaan sebagai orang yang teristimewa
Nyatakan prospek/pelanggan tersebut sebagai seorang yang bertuah walaupun sebenarnya prospek/pelanggan tersebut adalah orang yang kita telah sasarkan terlebih dahulu. Berikan pujian secara berhemah dan berbudi bahasa bagi mengelakkan tanggapan negatif dari beliau kepada kita. Keceriaan dan kesungguhan kita untuk melakukan tawaran kepada beliau akan membangkitkan lagi aura kita kepada beliau untuk beliau dapat menerima kehadiran diri kita terlebih dahulu.

ii.                  Jangan ditunjukkan kita terlalu terdesak
Jangan panik apatah lagi jika kita resah gelisah. Sentiasa bertenang dan bersabar dalam melakukan tindakan kepada prospek/pelanggan tersebut. Lagi kita tunjukkan yang kita begitu terdesak lagi mudah kita di permainkan oleh prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita. Sentiasa merendah diri dan berwaspada dengan segala tindak anduk kita sendiri.

iii.                Jangan anggap mudah
Jangan sama sekali peleceh orang dan jangan sama sekali memandang mudah dengan kebolehan kita. Nak dapatkan kata muktamad seseorang untuk menyetujui penerimaan produk kita bukannya boleh dipaksa-paksa dan disuruh-suruh untuk bersetuju begitu sahaja. Penerangan yang jelas, tepat dan mudah difahami amat diperlukan bagi memastikan jualan kita masih layak dan boleh melakukan jualan kepada siapa pun jua yang kita temui.

iv.                 Maklumkan sahaja kelebihan produk kita mengatasi pesaing yang ada
Memberikan penerangan kepada kelebihan berbanding dengan ciri-ciri produk yang kita tawarkan adalah lebih baik jika dapat disertakan sekali dengan perbezaan kelebihan produk yang ditawarkan jika dibandingkan dengan pesaing yang ada. Cara ini lebih meyakinkan dan memudahkan kefahaman prospek/pelanggan kita melakukan keputusan terbaik seolah-olah kita telah memberikan satu maklumat dan info terbaik kepada beliau tentang segala kelebihan yang ada. Sentiasa memberi kefahaman kepada prospek/pelanggan agar jualan kita lebih mudah diterima dengan penuh keyakinan dan lebih dipercayai.

v.                   Tunjukkan jalan penyelesaian
Selagi kita mampu lakukan dengan menunjukkan jalan penyelesaian kepada prospek/pelanggan kita, lagi mudah kita dirasakan se olah membantu menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh prospek/pelanggan yang berada di hadapan kita. Niat untuk membantu dahulu sebelum boleh mendapatkan hasil dari jualan kita sendiri. Tunjukkan sememangnya kita hadir di hadapan beliau semata-mata untuk membantu menyelesaikan masalah beliau hanya dengan produk yang kita tawarkan. Hasil kita dapat, ganjaran dari Allah juga akan kita perolehi bersama.

Tiada yang mustahil dalam dunia ini. Selagi kita boleh melakukannya selagi itu kita akan terus mengacapi kejayaan sepertimana yang diinginkan. Tunjukkan keistimewaan yang ada pada diri kita untuk kita tonjolkan pula keistimewaan produk kita kepada prospek/pelanggan tersebut. Selagi kita tidak menggelabah, panik dan tergagap-gagap melontar suara kita selagi itu kita akan pasti dapat meyakinkan prospek/pelanggan kita dengan tenang dan bersahaja. Tunjukkan kita mampu melakukannya walaupun siapa juga yang kita temui. 



Read more >>

Jumaat, 2 Mac 2012

APABILA TEMU JANJI TELAH DI TETAPKAN


Menghubungi prospek melalui ‘tele-marketing’ merupakan cara terbaik untuk menghubungi leads-leads yang ada bagi memudahkan tugasan menetapkan temu janji dan bukannya melakukan jualan dahulu di dalam talian telefon. Menetapkan temu janji kepada prospek sebenarnya bukanlah satu langkah penamat atau penghabisan tugasan dalam menelefon tetapi sebenarnya kita perlu memastikan panggilan telefon yang kita lakukan mestilah dilakukan dengan cara dan adab yang betul dan memuaskan hati prospek yang telah kita hubungi.

Langkah-langkah mudah yang perlu kita lakukan selepas kita berjaya mendapatkan satu temu janji terhadap prospek kita adalah

i.                    Lakukan ringkasan dan sahkan semula
Pelanggan bersetuju sahaja, kita perlu nyatakan secara ringkasan kepada prospek kita tentang tujuan asal kita kepadanya supaya prospek tersebut memahami tujuan kita. Sahkan juga tentang waktu dan lokasi sekali lagi supaya tiada kesilapan yang akan berlaku pada kedua-dua belah pihak.

ii.                  Fahamkan tujuan asal kita kepada prospek
Pada logik akal kita pasti kita akan menganggap yang prospek telah memahami apa yang kita telah perkatakan. Pastikan tiada anggapan dan tanggapan yang salah  dilakukan terlebih dahulu sehingga kita yakin yang tindakan kita memberi penerangan kepada prospek tersebut benar-benar difahami dengan jelas dan nyata supaya bila pertemuan di adakan nanti tiada penerangan demi penerangan lagi yang harus kita ceritakan semula kepada prospek tersebut. Jimatkan masa kita demi mencari lagi prospek lain dan perbanyakan lagi sesi temu janji kita kepada orang lain pula.

iii.                Biarkan prospek yang menutup talian telefon dahulu
Tindakan sebaik-baiknya adalah membiarkan dahulu prospek tersebut menutup dahulu talian telefon tersebut dari kita menutupnya dahulu. Kalau kita menutupnya kerana kegembiraan kita mendapatkan temu janji dikhuatiri akan menyebabkan prospek merasakan kita telah bertindak kurang ajar kepada nya walaupun kita sama sekali tidak sama sekali merasa begitu. Cuba elakkan kerana ini melibatkan imej dan memudahkan urusan kita nanti apabila temu janji kemudian hari berlaku dengan prospek tersebut.

iv.                 Ucapkan penghargaan kita kepada prospek tersebut
Jangan sama sekali dilupakan untuk mengucapkan kepada prospek tersebut ucapan terima kasih dan luangan masa beliau kepada kita. Tunjukkan kita berbudi bahasa dan berhemah semasa interaksi bermula. Prospek akan benar-benar mati akal dibuatnya jika beliau mendapati orang yang sedang berhubung dengan beliau mempunyai satu tingkah laku dan tindakan yang begitu berhemah dan bersopan di talian telefon.

Elakkan kita jangan terlalu cepat gembira dan merasa seronok hanya kerana kejayaan kita mendapatkan satu temu janji daripada prospek tersebut. Bersopan sentiasa dan tunjukkan segala tindakan kita berhemah dan dihormati oleh semua orang yang kita hubungi. Gagal atau tidak bergantung pada kemahuan prospek tersebut tetapi imej kita dan organisasi kita perlu di jaga dengan sepenuh hati. Amat mudah melakukannya tapi perlu berhati-hati.
 
 
 
 
Read more >>

Khamis, 1 Mac 2012

SIFAT MANUSIA DALAM PERHUBUNGAN


Melakukan jualan bermakna kita sentiasa perlu untuk berhubung dengan orang ramai terutama kepada prospek/pelanggan yang disasarkan. Berhubung dan menemui prospek/pelanggan yang disasarkan akan membolehkan kita untuk berinteraksi dengan lebih mendalam lagi agar hasrat bagi melakukan jualan akan menghasilkan penutupan jualan seperti mana yang dikehendaki oleh kita sendiri. Dorongan dan kesungguhan kita melakukan jualan akan lebih terserlah dengan sendirinya apabila kita mampu dan boleh melaksanakannya dengan sebaik yang mungkin.

Perhubungan dalam memastikan yang ada pada kita dalam menemui kaedah berkesan dalam  berkomunikasi dengan prospek/pelanggan kita amat penting buat kita mempraktikkannya sebaik yang mungkin. Apa yang perlu kita lakukan kini adalah kita perlu mengetahui tentang sifat-sifat manusia terutama orang yang kita temui agar senang dan mudah bagi kita membina dan melakukan sebaik yang boleh dalam menjalin perhubungan sesama manusia. Menurut John C Maxwell dalam bukunya bertajuk ‘Make Today Count’ memaklumkan terdapat 6 sifat-sifat manusia yang perlu kita ketahui iaitu

i.                    Manusia memang sentiasa tidak yakin, oleh itu berolah mereka keyakinan

Bertemu buat kali pertama memang menyukarkan kita untuk mendapatkan kepercayaan seseorang apa tah lagi dalam menawarkan produk untuk diterimanya, eloklah dimulakan melalui memberi penerangan sebaik yang mungkin dengan melakukan penerangan yang mudah dan senang untuk diterima bagi mendatangkan minat dan keyakinan mereka terhadap kita. Tunjukkan bagaimana boleh menguntungkan mereka dari memberi penerangan terlebih dahulu tentang ciri-cirinya. Setelah mereka faham baru keyakinan mereka terhadap kita akan hadir begitu sahaja. Bila dah yakin makin maka mudah penutupan jualan dapat dilaksanakan.

ii.                  Manusia mahu berasa diri mereka istimewa, oleh itu pujilah mereka dengan ikhlas
Jangan sama sekali begitu kedekut dan langsung tidak mahu memuji seseorang apabila bertemu dengannya.  Apa sahaja yang kita lihat begitu istimewa pada pkitangan kita, pujilah dia dengan hati yang ikhlas dan mesra bukannya dibuat-buat. Makin kita memuji makin senang hubungan dan komunikasi berlaku antara kita berdua.



iii.                Manusia mahu diri mereka di fahami, oleh itu dengarlah cerita mereka
Belajar untuk mendengar dan ambil tahu apa yang diperkatakan oleh prospek/pelanggan. Jangan asyik nak menjual sahaja kerana kalau kita terlalu asyik untuk berkata kita semakin sukar dan payah untuk kita memahami prospek/pelanggan tersebut memberitahu kepada kita akan apa yang diperlukan dan dimahukan oleh mereka. Banyakkan memberi peluang mereka bercakap dari kita yang  bercakap barulah mereka merasakan kita cukup menghargai apa yang mereka kehendaki.

iv.                 Manusia memang mementingkan diri sendiri, oleh itu penuhi keperluan mereka dahulu
Jangan sama sekali kita cuba untuk mementingkan diri kita sendiri terlebih dahulu dari prospek/pelanggan kita. Asalkan jualan kita terlaksana langsung kita tidak ambil peduli tentang pelanggan kita lagi. Lebih baik kita pastikan dahulu yang prospek/pelanggan kita terlebih dahulu mendapat apa yang diperlukan oleh mereka dahulu selaras dengan nawaitu kita untuk membantu orang seramai yang boleh. Bila kita telah penuhi apa juga yang diidamkan oleh mereka dengan perkhidmatan yang terbaik dari kita yang telah kita berikan pasti secara tidak langsung keperluan kita juga turut dipenuhi sama sekali.

v.                   Kadangkala manusia beremosi, oleh itu pupuklah semangat mereka
Prospek/pelanggan yang mempunyai masalah sememangnya agak sukar menerima tawaran yang dikemukakan kepadanya melainkan kita dapat menunjukkan kepada prospek/pelanggan tersebut kepada jalan penyelesaian tersebut melalui produk-produk yang kita tawarkan kepada mereka. Menceritakan perkara yang benar dan betul ke atas produk yang ditawarkan selari dengan kehendak dan keperluan prospek/pelanggan kita akan memberikan keyakinan dan semangat mereka untuk menggunakannya produk yang ditawarkan tanpa rasa berbelah bagi.

vi.                 Manusia mahu dikaitkan dengan kejayaan, oleh itu bantulah mereka menang
Tiada siapa yang mahu menanggung kerugian akan apa yang telah di perolehi dari penerimaan akan apa yang telah ditawarkan kepada pelanggan. Ini adalah tugas kita bagi memastikan yang pelanggan tersebut sememangnya berpuas hati dan merasa untung hasil dari pembelian mereka terhadap produk kita. Begitu juga dengan rakan sekerja kita, tiada siapa juga yang suka dikaitkan dengan kegagalan dan tidak mampu mengalas kejayaan seperti diidamkan. Bantu-membantu adalah jalan penyelesaian terbaik dalam memastikan agar kejayaan milik semua orang dan tidak sentiasa tamak dalam menentukan kejayaan milik seorang diri sahaja.

Ketahui apa yang mereka mahukan dan perlukan agar kita selepas ini akan lebih mudah melakukan jualan. Sentiasa letakkan diri kita untuk berada di dalam situasi dan keadaan prospek/pelanggan kita agar kita lebih memahami da mengetahui apa yang mereka kehendaki sebenarnya dan apa permasalahan mereka yang mereka hadapi. Elakkan sama sekali kepentingan peribadi kita agar kita tahu bagaimana untuk membantu dan mendapatkan jualan dari prospek/pelanggan kita. Berkorban dahulu tunjukkan kesungguhan agar dapat memikat hati dan perasaan prospek/pelanggan untuk menerima apa yang kita perkatakan. Lebih banyak kita berhubung dengan prospek/pelanggan tersebut lebih mudah kita berinteraksi akan lebih mudah penutupan jualan dapat dijana.



Read more >>