Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 27 Februari 2012

PENTINGNYA PERSIAPAN MENTAL


Bagi menghasilkan penutupan jualan yang terbaik dan dikehendaki, persiapan yang rapi perlu dilakukan hanya semata-mata memastikan segala proses jualan dilakukan dengan sebaik mungkin. Persiapan yang dilakukan bukan sahaja setakat persediaan dalam bentuk fizikal dan teknik-teknik jualan tetapi juga skil jualan perlu dikemas kini dan dipertingkatkan sentiasa. Satu lagi persediaan kita dalam melakukan jualan ini adalah dari segi persediaan mental, pemikiran dan psikologinya. Tanpa persediaan fizikal dan mental seperti pemain sukan sebelum pergi bertarung pasti pada akhirnya kegagalan juga yang ditempuhinya. Di waktu itu segala penyesalan dan kekecewaan sudah tidak berguna dan sia-sia sahaja.

Persiapan secara mental yang perlu kita lakukan adalah seperti berikut

i.                    Sentiasa ingat untuk membantu orang seramai yang boleh
Selagi kita mahu untuk membantu orang tidak kira siapa, ganjaran dari Allah SWT amat hebat untuk diperolehi. Set kan dalam fikiran kita untuk sentiasa menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada sesiapa juga yang kita temui terutama kepada prospek/pelanggan kita. Bila lagi kita mahu berbakti dan berjasa kepada orang ramai.

ii.                  Masalah yang ada jangan difikirkan dahulu
Semasa melakukan tugasan menjual, fokus kita amat diperlukan semasa berhadapan dengan prospek/pelanggan.  Timbul apa juga masalah yang ada dalam diri kita eloklah di lupakan seketika dan jangan sama sekali dibawa bersama ketika berhadapan dengan prospek/pelanggan kerana apabila berhadapan dengan mereka, sama sekali mereka tidak mahu mendengar masalah kita kerana pada mereka masalah yang ada pada mereka pun tidak dapat diselesaikan ini pula masalah kita.

iii.                Fikirkan tindakan selepas jualan berlaku
Sentiasa fikirkan apa tindakan selanjutnya dari kita dan bukannya sekadar berhenti apabila melakukan jualan. Banyak proses lagi kita perlu lakukan selepas melakukan penutupan jualan. Ini semua kita mesti uruskan dan jangan sama sekali mengharapkan bantuan dan pertolongan orang lain kerana kita yang kenal pelanggan tersebut dan kita jugalah yang harus menjaganya sampai bila-bila kerana pelanggan tersebut telah mula percayakan kita dan tidak sama sekali kita biarkan kepercayaan orang berlalu begitu sahaja.

iv.                 Pendapatan dorongan utama
Tidak dinafikan orang yang bekerja adalah untuk mencari sumber pendapatan yang halal, bersih dan mencari keberkatan dari Allah SWT. Setakat gaji bulanan sahaja memang tidak mencukupi jika dibandingkan dengan kemahuan dan keinginan yang tinggi dari kita. Berusahalah ke jalan yang dibenarkan dan bukan  sama sekali mengambil langkah mendapatkan pendapatan tambahan dari jalan yang tidak diredhai.

v.                   Doa adalah senjata utama
Tiada siapa yang boleh membantu kita melainkan Allah SWT. Senjata utama orang mukmin adalahlah berdoa. Berdoa tanpa usaha sampai bila-bila pun tak termakbul doa tersebut. Usahalah dahulu kemudian berserah dan bertawakal kepada Allah. Berdoa kepada Allah agar segala perbuatan kita dipermudahkan sentiasa dan dijauhkan sama sekali kesukaran. Kalau ada kesukaran yang timbul, kena anggap itu adalah satu ujian dari Allah SWT menguji kesabaran dan keteguhan iman kita terhadap Allah SWT.

Elakkan virus minda iaitu suka kemukakan alasan apabila kita gagal melaksanakannya. Melakukan jualan apabila gagal bukan bermakna mencari seberapa banyak alasan yang sepatutnya untuk menunjukkan kita masih relevan dan pandai melakukan jualan. Sepatutnya kita kena perbaiki segera kegagalan tersebut dengan pembetulan sepatutnya bermula dari dalaman diri kita, seterusnya kepada skil jualan kita dan sasaran prospek/pelanggan kita sepatutnya. Kenal pasti secara realiti dan tidak sama sekali dari mulut kita sahaja. Kejayaan dicapai dengan kesungguhan untuk melakukannya dan tidak sama sekali kesungguhan dalam memberi alasan. Kita penentu segala-galanya.




Read more >>

Ahad, 26 Februari 2012

UNGKAPAN-UNGKAPAN YANG PERLU DIELAKKAN - KESANNYA


Kerana itu kita disarankan agar kita lebih berhati-hati dan berwaspada akan apa yang telah kita perkatakan. Terlalu ghairah ingin mendapatkan pentutupan jualan terjadi pula satu perangkap yang tidak dingini memerangkap kita. Berfikir dahulu sebelum mengeluarkan apa yang ingin kita perkatakan tahan gelombang keghairahan kita inginkan segera mendapatkan persetujuan mereka. Setiap tindakan yang bijak sudah pasti akan memberi kesan yang baik semula kepada kita.

Apa yang kita perkatakan sama sekali akan dipegang sungguh oleh pelanggan kita. Kalau kita dapat tunaikan satu kelegaan buat kita dan pelanggan. Bagaimana kalau ia nya cukup sukar dan payah untuk kita kalau ungkapan yang kita berikan dan janjikan tidak tertunai? Siapa yang akan menanggung akibatnya. Bagaimana kepercayaan pelanggan tersebut terhadap kita? Boleh lagikah beliau akan berusan lagi dengan kita? Fikirkan kesannya.

Kesan sebenarnya adalah untuk diri kita sendiri dan bukannya kepada pelanggan tersebut kerana
               
i.                     Akan mengganggu waktu kita melakukan jualan kepada prospek lain

ii.                  Tumpuan dan fokus kita akan lari

iii.                  Menimbulkan kebencian kita kepada pelanggan tersebut

iv.                 Nama dan karier kita akan tercalar

v.                   Kita akan merasa dikongkong dan tertekan

vi.                 Tiada siapa yang boleh membantu kita melainkan diri kita sendiri

Berfikir dahulu sebelum menuturkannya terlebih dahulu, jangan sama sekali sesedap mulut sahaja mengeluarkan kata-kata hanya untuk mempengaruhi prospek/pelanggan kita menerima tawaran yang kita tawarkan kepada mereka semata-mata mendapatkan penutupan jualan. Ketahui tentang kesan negatifnya jika kita masih melakukan frasa-frasa yang  diperkatakan supaya diri dan karier kita tidak terjejas sama sekali.


Read more >>

Sabtu, 25 Februari 2012

UNGKAPAN-UNGKAPAN YANG PERLU DIELAKKAN


Kerana terlalu ghairah untuk mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang kita ingini, kadang-kadang kita terlupa apa yang kita perkatakan nanti boleh dan akan menjerat semula kepada diri kita. Kita terjerat dengan apa yang kita perkatakan akan turut menjejaskan diri dan karier kita juga di dalam jualan. Niat kita hanya nak selesaikan jualan kita tapi malangnya bahana masalah pula yang akan timbul kepada diri kita. Fikirlah sebelum melakukannya kerana setiap perkataan yang kita luahkan itu merupakan janji kita yang perlu dikotakan dan dipenuhi oleh kita sendiri kepada prospek/pelanggan kita.

Ungkapan-ungkapan yang perlu kita jauhi dari menyebutnya adalah
               
                Percayalah kepada saya’

                ‘Semua itu tiada masalah’

                ‘Yakinlah, kita akan menyesal nanti’

                ‘Mesti boleh punya’

                ‘Jangan takutlah kalau dengan saya’

                ‘Tiada apa pun yang boleh merugikan’

Itulah ungkapan-ungkapan yang silap hari bulan boleh memakan diri kita sendiri jika kita tidak berhati-hati apabila meluahkannya kepada prospek/pelanggan. Apabila kita berkata begitu, ini bermakna kita telah berikan kepada prospek/pelanggan tersebut

i.                     Satu kepastian yang sebenarnya kita sendiri tidak pasti akan kebenarannya

ii.                   Pelanggan akan mengungkit apa yang kita perkatakan jika terdapat kegagalan

iii.                  Pelanggan akan mencari salah kita jika pelanggan tidak berpuas hati

iv.                 Satu senjata kepada pelanggan jika apa yang dihajatinya tidak tercapai

Kerana itu kita disarankan agar kita lebih berhati-hati dan berwaspada akan apa yang telah kita perkatakan. Terlalu ghairah ingin mendapatkan pentutupan jualan terjadi pula satu perangkap yang tidak dingini memerangkap kita. Berfikir dahulu sebelum mengeluarkan apa yang ingin kita perkatakan tahan gelombang keghairahan kita inginkan segera mendapatkan persetujuan mereka. Setiap tindakan yang bijak sudah pasti akan memberi kesan yang baik semula kepada kita



Read more >>

Jumaat, 24 Februari 2012

RUTIN DAN TABIAT HARIAN YANG BAIK


Bukan senang nak jadi berjaya kerana banyak perkara dan pengorbanan yang perlu dilakukan hanya untuk memastikan segala perlakuan, perbuatan dan tindakan yang dilakukan dapat mencapai apa yang di idamkan. Sememangnya banyak dugaan, cabaran dan dugaan akan dan mesti dihadapi tetapi ketabahan hati dan perasaan luaran dan dalaman perlu dibentuk secara konsisten dan rutin harian tanpa gagal dan bersungguh. Rutin harian yang dilakukan secara tetap dan konsisten sahaja yang boleh memastikan kita akan berjaya untuk melakukannya.

Untuk itu, kita perlu perbetulkan diri kita untuk menjadikan diri kita secara senang dan mudah mengamalkan cara dan kaedah rutin harian kita berkenaan dengan keupayaan diri kita bagi membentuk menjadikan satu tabiat yang lebih positif, proaktif dan mudah melakukan tugasan kita dalam melakukan jualan seperti mana yang diingini. Penyusunan yang lebih teratur, tersusun dan lazimnya akan menjadikan diri kita lebih mudah di susun dan diatur mengikut acuan dan aturan kita sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa melakukannya. Antara disiplin-disiplin yang perlu kita lakukan sebagai satu rutin dan tabiat harian kita adalah

i.                    Menjaga pemakanan kita


ii.                  Beriadah dan bersenam sentiasa


iii.                Santapan rohani


iv.                 Aktifkan diri menjadi sukarelawan( menyertai persatuan, NGO dsbnya)


v.                   Tidur yang mencukupi


vi.                 Belajar untuk sentiasa bersabar


vii.               Sentiasa bersama dengan orang yang berjaya


viii.             Hiburkan diri kita


ix.                 Cari hobi yang bersesuaian dan menyeronokkan


x.                   Pembacaan


xi.                 Menghadiri majlis ilmu


Itulah rutin dan tabiat yang perlu ada bagi orang yang hendak dan mahu berjaya untuk dikaitkan dengan kejayaan apabila melakukan jualan nanti. Selagi kita tidak ubah cara pemikiran dan gaya kehidupan kita menghapuskan segala unsur-unsur negatif yang ada dan yang telah tersemat lama dalam diri kita selagi itulah agak susah dan payah bagi kita melaksanakannya. Disiplin dan kemahuan diri sendiri untuk berjaya adalah teras dan landasan buat diri kita menuju kepada satu kejayaan dan kehebatan buat diri kita sendiri.




Read more >>