Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 5 Januari 2012

BERSAING SECARA SIHAT


Apabila bersaing, ada beberapa perkara yang perlu di ambil berat oleh kita semua agar segala persaingan yang wujud tidak berlaku perkara-perkara yang buruk dan tidak elok baik di mata prospek/pelanggan mahupun di dalam pasaran. Antara perkara-perkara yang perlu di ambil perhatian sewajarnya untuk kita semua yang melakukan jualan adalah

i.                    Jangan sama sekali per lekeh, mempersendakan dan pandang tidak elok kepada pesaing

ii.                  Lakukan kajian segala kelebihan dan kekurangannya dan bandingkan

iii.                Semua produk ada baiknya, jangan di kutuk dan katakan tidak elok di hadapan pelanggan

iv.                 Lihat tindakan jualannya, mana yang baik ikut caranya bukan men kondem nya

v.                   Fahami pelanggan inginkan  bukan membenci pelanggan yang mahukan tawaran pesaing

vi.                 Setiap yang di tawarkan mesti ada kelebihannya yang tersendiri yang tiada pada pesaing

vii.               Berkawan jangan bermusuh walaupun pesaing

viii.             Memahami kehendak pasaran bukan memahami kehendak hati

Nyata di sini, dalam melakukan jualan, jualan kita sekiranya jatuh merudum dan prestasi kita tidak elok, bukan sama sekali di sebabkan oleh pesaing kita. Tetapi sebenarnya kita sendiri yang menentukan segala-galanya. Kita malas, kita tidak akan dapat apa-apa pun sama sekali. Tapi kalau kita rajin dan tahu kenal pasti pasaran yang ada, sudah pasti kita akan mem perolehi hasil yang seperti mana yang kita idamkan selama ini. 



Read more >>

Rabu, 4 Januari 2012

PENYELESAIAN PERBALAHAN


Setiap perbalahan yang berlaku mungkin satu ujian untuk kita. Allah ingin mengujinya samada kita bersabar atau tidak, boleh terima dengan baik atau tidak. Tindakan yang betul dan benar di susuli dengan tindakan tenang, bijak dan berwaspada amatlah di tuntut. Ada hikmahnya dan jangan sama sekali kita menafikannya. Hati dan perasaan manusia manalah kita mengetahuinya, tetapi harus sentiasa beringat dan berwaspada akan segala tindakan prospek/pelanggan yang mungkin sengaja, secara kebetulan ataupun dalam perasaan marah terus berbalah pula dengan kita.

Mesti ada caranya untuk kita memenangi perbalahan tersebut. Perlu di ingat, kalau kita menang sekalipun kita bukan boleh dapat piala kejuaraan tanda kita menang. Apa yang penting kita tahu dan bijak bagaimana untuk menghadapi situasi yang berlaku. Moral dan maruah kita perlu di jaga, karier dan nama organisasi yang di wakili perlu di awasi dengan sebaik mungkin. Mungkin tindakan-tindakan ini boleh kita amalkan untuk memenangi semula hati dan perasaan prospek/pelanggan yang telah berbalah dengan kita sendiri iaitu

i.                    Berfikir dan fahami apa permasalahannya

ii.                  Bertindak secara berhemah dan tenang

iii.                Gunakan kesempatan ke atas perkara-perkara yang tidak logik dan tidak benar

iv.                 Terima dahulu pendapatnya

Kejujuran amat di perlukan. Tidak perlu risau atau mengalah sentiasa kerana bukan semua perkara atau isu prospek/pelanggan ketahui sepertimana Profesor Serba Tahu.  Hanya kerana ingin memenuhi kehendak dan kemahuan prospek/pelanggan kita telah mengabaikan segala prosedur, arahan dan tatacara etika kita bertugas semata-mata bagi mendapatkan penutupan jualan. Elakkan perkara ini berlaku dan terjadi kerana masih ramai lagi prospek/pelanggan yang perlu kita cari lagi di luar sana.
Read more >>

Selasa, 3 Januari 2012

Bila berlaku Perbalahan - Elakkan


Tiada sesiapa yang inginkan perbalahan berlaku dan terjadi kerana ianya akan melibatkan masa, tenaga dan wang kita berlalu begitu sahaja dan sudah tentunya kita mengalami kerugiannya. Imej kita akan tercalar dan prospek/pelanggan akan mula memandang rendah ke atas kita. Walaupun kita merasakan kita betul dan benar tetapi pada prospek/pelanggan apa yang di perkatakan itu semuanya benar dan betul belaka hanya di sebabkan darahnya sedang mendidih, apa yang orang lain kata semuanya salah dan tidak betul sama sekali.

Apabila berlakunya perkara-perkara ini, adalah dinasihatkan agar kita berikut melakukan perkara-perkara

i.                    Bertenang, bersabar dan rendahkan suara kita

ii.                   Jangan sama sekali per lecehkan dan mempersendakan

iii.                Bersedia untuk mendengar

iv.                 Bertimbang rasa

v.                   Jangan biarkan ianya berlarutan begitu lama

vi.                 Mohon kemaafan

vii.               Minta bantuan

Apa yang penting di sini, kita mesti tahu apa tindakan kita yang perlu di ambil perhatian dengan serius. Jika ianya memerlukan maklum balas semula dari kita atau dari pihak organisasi kita pastikan di kemudian hari kita mesti memaklumkan semula kepada prospek/pelanggan semula. Jangan sama sekali buat tak tahu sahaja dan biarkan ianya berlalu begitu sahaja. Tindakan susulan kita kena ada bagi memastikan diri, maruah dan organisasi tetap terbela dan di hormati.


Read more >>

Isnin, 2 Januari 2012

Kenapa perlu jadi perbalahan


Dalam usaha menarik minat dan penerimaan tawaran dari prospek/pelanggan tiba-tiba sahaja sesuatu perkara buruk dan di luar jangkaan kita akan berlaku. Bermula dengan meninggi suara seterusnya terjadilah perbalahan yang tidak di ingini terjadi. Hasrat di hati ingin melakukan jualan, langsung terhenti bertukar menjadi perbalahan mulut antara kita dan prospek/pelanggan kita. Kenapa perbalahan ini berlaku?
  
Mungkin perkara-perkara ini berlaku di sebabkan
  • Prospek/pelanggan jenis orang yang cepat panas baran termasuk kita sekali
  • Dengar nama organisasi yang kita wakili terus melenting disebabkan ada sejarah buruk yang telah berlaku ke atas dirinya atau kenalannya
  • Mencari kesalahan dan kelemahan kita
  • Perwatakan kita mungkin menjengkelkan dan tidak selesa pada prospek/pelanggan tersebut
  • Kita sendiri tidak mengambil berat presentasi dan perasaan prospek/pelanggan
  • Masa pertemuan mungkin tidak bersesuaian
  • Kita tidak memberi peluang prospek/pelanggan bercakap mengemukakan pendapatnya

Jangan dituruti hati yang panas kelak akan memakan diri semula. Bawakan bertenang, bersabar dan kawal diri kita dahulu sebelum kita boleh kawal situasi yang tengah panas berwap-wap. Jangan dikira siapa yang betul siapa yang salah asalkan ketenteraman dan pengawalan situasi yang tenang dan reda boleh diperolehi semula. Elakkan dari perbalahan kerana sekali ianya terjadi sampai bila-bila prospek/pelanggan pasti tidak akan mempercayai keupayaan dan kredibiliti dari diri kita sendiri.
Read more >>

Ahad, 1 Januari 2012

Selamat datang 2012


Sempena kedatangan tahun 2012, sudah kah kita berazam sempena kedatangan tahun 2012? Mungkin ada baiknya jika kita terus melakukan amalan meniatkan keazaman kita untuk melakukan yang lebih terbaik dari tahun-tahun yang telah pun kita tinggalkan selama ini. Kita hidup bukanlah untuk berada di dalam alam fantasi yang penuh dengan kecantikan dan keindahan sahaja tetapi kehidupan kita ini mungkin ada pada ketikanya sahaja perlu diteruskan dalam mencari satu kepastian bagi mendapatkan satu kejayaan yang terunggul bukan sahaja setakat di dunia tetapi juga di akhirat

Sabda Rasulullah SAW bermaksud “Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emas nya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam subahat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” Hadis riwayat Thobrani

Itulah harapan sebenar kita semua agar kita segera pulih dari kecederaan dan kealpaan dengan segera. Perubahan perlu ada dan dilakukan segera demi mencapai kejayaan supaya kita tidak sama sekali tergelincir dan melakukan perkara yang sama seperti mana seperti tahun lepas. Mungkin tindakan-tindakan ini boleh kita lakukan untuk 2012  bagi memastikan jualan kita semakin baik dan terbaik iaitu

i.                    Sentiasa ingat kepentingan periuk nasi kita sendiri

ii.                  Jangan mudah bangga diri, tinggi diri, ego dan berlagak

iii.                TLBI (Tulis – Lekat – Baca – Ingat) sasaran,matlamat, keazaman dan apa yang kita inginkan

iv.                 Tambah pendapatan se maksimum  

v.                   Berazam melakukan yang terbaik

vi.                 Ingat amanah yang diberikan

vii.               Strategi baru yang lebih baik dan berkesan

viii.             Jangan mudah terpengaruh

ix.                 Konsisten dan lebih bersungguh melakukan jualan

Jadi apa yang nak ditunggu lagi, jangan bertangguh, memberi alasan dan menunggu orang lain mencapai kejayaan dahulu. Kita kena tentukan segera, bersaing dengan sihat dan bekerja secara berpasukan. Lakukan segera dan bina semangat dan motivasi yang kuat untuk menghadapi segala dugaan, cabaran, rintangan dan masalah yang timbul dengan sebaik yang mungkin, sabar dan tenang sentiasa. Kalau orang lain boleh berjaya kenapa kita tidak? Firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya, selepas melalui kesusahan pastinya ada kemudahan.  Maka sesungguhnya selepas kesusahan pastinya ada kesenangan” Surah Al-Insyirah 5-6.

Read more >>