Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 5 Disember 2011

BERI ALASAN - Punca Penyebabnya


Salah satu sifat dan sikap negatif yang perlu di buang dan jangan di amalkan adalah sikap suka memberi alasan. Sanggup kah berbakul-bakul alasan perlu disediakan hanya semata-mata untuk melepaskan diri kita walaupun tindakan sedemikian hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Mana pula nak di sorok muka kita nanti dan bagaimana pula dengan maruah kita.Antara punca penyebab nya yang mungkin terjadi adalah

i.                    Kenal pasti salahkan keadaan, peristiwa ataupun pesaing


ii.                  Dendam, marah, cemburu dan benci



iii.                Lari dari tanggung jawab


iv.                Ambil mudah


v.                  Simpati


Seboleh-bolehnya pasti akan cuba untuk melepaskan diri memberi pelbagai alasan asalkan dapat keluar dari tanggung jawab yang di amanahkan, biar orang lain yang merasa bersalah asalkan bukan dari diri beliau. Pengorbanan dan amanah serta tanggung jawab perlu di lakukan demi menjaga bukan setakat imej diri kita sendiri tetapi juga imej organisasi tempat kita bernaung mencari rezeki sesuap nasi.



Read more >>

Ahad, 4 Disember 2011

Gagal dalam Penutupan Jualan



Agak memenatkan jika presentasi yang dilakukan tidak dapat disusuli dengan penutupan jualan. Pelbagai ikhtiar telah di usahakan namun untuk memancing prospek/pelanggan di hadapan kita masih gagal dan buntu hanya semata-mata mendapatkan persetujuan bagi penutupan jualan. Alangkah hampa dan kecewanya serta telah banyak membuang masa yang telah diperuntukkan. Adakah usaha sebegini dikira gagal dan di mana salah dan silap kita terutama ketika berinteraksi dengan prospek/pelanggan.

Mungkin soalan-soalan ini boleh membantu kita untuk menyelesaikan permasalahan di atas
               
i.                     Adakah prospek/pelanggan yang di hadapan kita ini adalah prospek/pelanggan sasaran kita setelah kita melakukan penapisan?

ii.                   Adakah kita mempunyai cara, kaedah dan strategi lain dari membuang masa begitu sahaja menghadapi prospek/pelanggan yang sanggup per mainkan kita begitu sahaja?

iii.                  Dapat kah kita mengesan kepentingan dalam jualan kita mendapatkan penutupan jualan kita cukup berbaloi dengan masa yang telah kita peruntukkan pada prospek/pelanggan tersebut?

iv.                 Tanya naluri kita adakah tindakan presentasi kita ini membolehkan kita mendapatkan penutupan jualan?

v.                   Pilihan prospek/pelanggan adakah berkisar kepada kualiti, harga dan sebagainya. Adakah kita telah mengambil kira segalanya terutamanya tentang kemahuan dan keperluan prospek/pelanggan tersebut?

vi.                 Memadai kah persiapan kita?

Cuba elakkan dari membuang masa begitu sahaja dengan mendapatkan prospek/pelanggan yang benar-benar berminat untuk berurusan dengan kita. Lakukan dengan mudah secara perancangan yang teliti dari awal lagi. Kita gagal merancang kita rasai kegagalannya nanti.

Firman Allah SWT Surah Taubah Ayat 105 bermaksud -  “Katakanlah (Wahai Muhammad), beramal dan bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan


Read more >>

Sabtu, 3 Disember 2011

Tindakan-tindakan Asas jangan di lupakan



Kadang-kadang kita lupa di mana terlalu melakukan perkara-perkara jualan yang canggih-canggih sehingga kita tertinggal atau tertangguh pula perkara-perkara asas yang perlu di lakukan kembali semata-mata untuk per tingkatkan semula prestasi jualan kita.  Jualan adalah di kira berjaya jika kita dapat melakukan penutupan jualan dengan baik dan menyenangkan bakal pelanggan kita. Ada perkara-perkara baru yang kadang kala strateginya tidak sesuai di gunakan di sini namun dalam jualan sebenarnya terlalu banyak perkara dan cara untuk di lakukan asalkan penutupan jualan boleh di lakukan dengan jaya dan berjayanya sama sekali.

Antara tindakan-tindakan asas yang perlu di lakukan adalah

i.                    Cari dan temui prospek/pelanggan yang berkualiti


ii.                  Dapatkan kepercayaan


iii.                Tahu kelebihan setiap produk/perkhidmatan


iv.                 Dengar dengan baik dan jelas


v.                   Fokus


vi.                 Per kemaskan presentasi


vii.               Lakukan ulang kaji


viii.             Pelajari dari kejayaan


ix.                 Jangan ulangi dan lakukan kesilapan lagi


x.                   Usaha secara konsisten dan tawakal


Inilah perkara-perkara asas yang perlu kita lakukan secara konsisten setiap hari. Kejayaan tidak akan datang jika disiplin diri tidak di terapkan dalam diri kita. Tiada siapa pun yang boleh memperbaiki disiplin dan sikap kita sendiri melainkan diri kita sendiri. Kita yakin kita berjaya insyaAllah kejayaan juga yang akan muncul. Buang sikap-sikap yang negatif seperti mengeluh, mencari alasan, kecewa dan putus asa. Kunci pada segala-segalanya adalah pada diri kita sendiri. Kita sendiri yang tetapkan samada ada layak atau tidak mengacapi kejayaan atau sebaliknya.

Read more >>

Jumaat, 2 Disember 2011

TV REALITI SUATU YANG PERLU DIPELAJARI


Kegilaan sekarang di media elektronik yang  terlalu banyak mengeluarkan rancangan-rancangan realiti TV yang di siarkan secara langsung demi cuba mengaut keuntungan se maksima yang boleh hasil dari undian orang ramai melalui SMS ke atas peserta-peserta yang di tonjolkan untuk diminati. Semakin ramai yang mencuba nasib untuk mencari glamer dan kemasyhuran sekelip mata hanya melalui rancangan-rancangan realiti seperti ini.

Bagi kita apa yang boleh kita dapati? Apa yang boleh kita pelajari dan nikmati hanya dari hasil rancangan realiti ini? Mungkin perkara-perkara ini boleh kita dapati untuk kita serapkan dalam karier kita iaitu

i.                    Fokus apa yang di lakukan
Peserta diajar agar tiada takut menghadapi segala kemungkinan yang ada. Disingkir paling memilukan apatah lagi boleh memalukan hanya semata-mata kesilapan dan kesalahan  yang kecil sahaja berlaku dan terjadi. Fokus sentiasa apa yang perlu dilakukan tanpa mengira besar mana masalah yang akan timbul dan datang.

ii.                  Tiada sikap malu dan sentiasa berani menghadapinya
Lihat peserta yang bertanding, baru berusia belasan tahun dan remaja lagi tapi mereka sanggup untuk menghilangkan rasa malu, takut dan gementar mereka di hadapan penonton dan para juri. Hanya disebabkan keazaman dan kesungguhan mereka sanggup mengetepikan  segala-galanya asalkan matlamat mereka tercapai. 

iii.                Setiap persembahan di ambil kira
Setiap kali melakukan persembahan setiap kali itulah mereka akan mencuba pamerkan keupayaan terbaik mereka walaupun kadang-kadang mereka amat memahami sebenarnya mereka agak sukar untuk melakukannya.

iv.                 Kemenangan memerlukan kekuatan emosi
Hendak menang kena tunjukkan kredibiliti peserta sebagai seorang juara yang di minati ramai. Adakah kita sanggup melaluinya terutama apabila kita berhadapan dengan prospek/pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam dan cara?

v.                   Bakat semula jadi sahaja tidak mencukupi
Harap bakat sahaja tidak memadai melainkan curahan ilmu yang sentiasa akan di ajar oleh mereka-mereka yang di lantik oleh syarikat penyiaran program tersebut sebelum bertanding. Sentiasa kemaskinikan diri kita untuk mendapatkan ilmu sebanyak yang boleh semata-mata memudahkan lagi cabaran yang sedia ada dan mendatang.

vi.                 Sanggup di kritik di tegur dan di marahi
Peserta selepas persembahan mereka sanggup dikritik, dimarahi dan ditegur hanya semata-mata pada pandangan kita terlalu kecil kesilapan dan kesalahan yang dilakukannya. Adakah perkara seperti ini yang kita idamkan ?

vii.               Sanggup mengambil risiko
Ada peserta sanggup berhenti kerja, berhenti dari menyambung pelajaran dan meninggalkan keluarga tersayang hanya semata-mata mengejar impian walaupun mengetahui mungkin peserta tersebut akan dibuang begitu sahaja jika tiada peminat yang akan mengundi mereka. Sanggup kah kita menanggung risiko hanya semata-mata untuk per tingkatkan jualan kita walaupun pelbagai halangan, dugaan dan cubaan yang perlu ditempuhi?

viii.             Berusaha sepenuh hati
Kesungguhan yang tidak dapat dinafikan tetapi malangnya minggu pertama sahaja sudah tersingkir.  Adakah kita yang melakukan jualan seperti begitu juga? Lakukan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh hanya semata-mata mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang dirancang.

ix.                 Bersaing secara sihat
Walaupun sesama mereka berlawan siapa yang akan bergelar juara dan pemenangnya tapi mereka di lihat akan berlatih dan berlatih secara bersama dan berkumpulan walaupun sesama mereka mengetahui rakan-rakan mereka ini adalah pesaing terdekat mereka. Adakah perkara ini dapat diterap kita semua dalam melakukan jualan tanpa rasa iri hati dan cemburu?

Jikalau peserta-peserta rancangan realiti TV ini mampu untuk menghadapinya baik secara bersendirian ataupun berkumpulan, kenapa kita yang menjadikan karier jualan sebagai karier utama kita tetap tidak mampu untuk melakukannya secara konsisten dan stabil? Perlu kah kita dikurung sentiasa selepas waktu kerja dan dilepaskan semula esok hari demi menjaga prestasi kita sentiasa? Sanggup kah kita menerima kritikan-kritikan yang mungkin terlalu negatif bagi kita hanya semata-mata mengharapkan undi belas ihsan orang lain?

Tanpa kreativiti yang meluas dan hidup kita di kongkong bolehkah kita melakukan jualan seperti mana yang kita kehendaki? Tiada siapa boleh menentukan pendapatan kita melainkan kita sendiri. Pelajari dan ambil iktibar mana-mana yang positif yang mungkin boleh kita jadikan satu motivasi yang terbaik untuk diri kita sendiri semata-mata ingin mengacapi kejayaan seperti mana yang kita kehendaki.

Read more >>

Khamis, 1 Disember 2011

JENIS-JENIS PELANGGAN


Pelanggan merupakan nadi kepada perniagaan. Tanpa pelanggan sesuatu perniagaan agak sukar berkembang dan maju. Tanpa pelanggan kita mungkin tiada pekerjaan yang diwujudkan. Mencari pelanggan bukan tugas mudah tetapi apabila pelanggan telah wujud bagaimana kita boleh manipulasikan kewujudan pelanggan ini. Ini tugas kita sebenarnya.

Di dalam buku tulisan Md Ali Berahim bertajuk Pelanggan Setia terbitan PTS Publication menyatakan terdapat empat jenis pelanggan yang perlu di ketahui samada pelanggan tersebut dapat membantu atau tidak karier kita di dalam jualan iaitu

i.                    Pelanggan spontan
Pelanggan spontan bermaksud hanya sekali sahaja berurusan dengan kita sama ada ia datang menemui kita ataupun terpaksa mengambil produk kita bagi memenuhi keperluan dirinya sendiri.  Kebiasaannya pelanggan seperti ini tidak memikirkan apa-apa melainkan  ia dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya sahaja sudah memadai.  Ia juga boleh berlaku jika ia datang di sesuatu tempat atau lokasi yang mungkin produk/perkhidmatan yang dikehendakinya tidak terdapat di tempat tinggalnya.

ii.                  Pelanggan tetap biasa
Pelanggan seperti ini yang telah pun mendapatkan produk/perkhidmatan dari kita cukup berpuas hati dengan kita. Pelanggan ini akan datang lagi mengambil produk/perkhidmatan kita walaupun setelah dua atau tiga kali mengambilnya.  Walaupun begitu, pelanggan seperti ini hanya mahu per gunakan untuk diri beliau sendiri sahaja tanpa menghebohkan dan menceritakan kepada orang lain. Sebaik mana kita tawarkan produk ini kepada beliau walaupun banyak kali beliau mengambil produk/perkhidmatan kita beliau masih setia untuk menggunakan secara bersendirian sahaja.

iii.                Pelanggan yang berkembang
Pelanggan bukan sahaja berpuas hati dengan kita tetapi juga mengambil produk/perkhidmatan kita lagi dan lagi sambil melakukan hebahan mulut kepada orang lain dan perkenalkan produk/perkhidmatan kita juga kepada orang lain. Pelanggan sebegini lah idaman kita yang harus kita carikan dan berikan matlamat utama kepada mereka.  Hanya kerana pelanggan merasa cukup puas hati atas layanan kita kepada pelanggan sebegini, pelanggan tersebut akan turut pasarkan produk/perkhidmatan kita sebagai pengiklanan percuma yang bergerak untuk kita.  Sesungguhnya promosi hebahan mulut ke mulut adalah satu alat promosi yang paling berkesan sekali di dalam dunia penjualan. Tiada kos yang di keluarkan cuma tugasan kita adalah untuk memastikan servis kita mencapai tahap maksimum kepuasan pelanggan kita. Perhubungan yang baik amat di titik beratkan pada pelanggan seperti ini.

iv.                 Pelanggan perkongsian
Kebiasaannya pelanggan seperti ini juga menjadi rakan kongsi kepada perniagaan kita. Kita untung mendapatkan pendapatan, begitu juga pelanggan juga akan mendapat untung pendapatan seperti mana kita. Pelanggan seperti ini juga melakukan perniagaan dan bermatlamatkan keuntungan pendapatan hasil dari produk/perkhidmatan yang kita tawarkan. Contoh terbaik kepada konsep perniagaan kita adalah seperti firma guaman, arkitek dan sebagainya.  Mereka juga mungkin terdiri daripada pelanggan dalaman perniagaan kita sendiri.

Ketahui di mana letaknya tahap pelanggan-pelanggan kita sekarang. Adakah kita tahu di mana tahap kepuasan pelanggan kita? Perlu kah kita memperbaiki mutu khidmat kita kepada pelanggan tersebut dan membiarkan pelanggan kita begitu sahaja? Kita  sahaja mengenal pelanggan kita, bukannya orang lain. Menjaga pelanggan sedia ada adalah tindakan baik untuk diri kita sendiri dari menjaga prospek yang sudah tidak tahu lagi sama ada mahu atau tidak menerima produk/perkhidmatan kita.


Read more >>