Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Isnin, 10 Oktober 2011

TEKANAN DALAM DIRI

Dougray Scott mengatakan "Tidak ada pelanggan yang mahu memberi daripada jurujual yang kelihatan tertekan"

Berhati-hati kalau anda merasa tertekan apabila melakukan jualan.Kalau anda melakukannya juga bermakna sampai bila-bilapun anda akan mengalami kegagalan untuk mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang anda kehendaki.

Ini adalah kerana

  • anda tidak ceria sudah pasti anda gagal memberikan kegembiraan kepada pelanggan anda
  • fokus anda akan lari
  • pelanggan yang berada dihadapan anda akan turut meluat melihat aksi anda menjual
  • anda akan berat hati untuk berkempen dan memberi penjelsan yang sepatutnya
  • kerugian bukan setakat anda sahaja yang akan tanggung tetapi organisasi juga akan menerima nasib yang sama
  • imej organisasi yang anda wakili akan turut terjejas
  • anda pentingkan diri anda sendiri dari kerjaya anda
Belajar untuk berubah sepertimana yang di sarankan oleh Tonya Reiman (penulis buku The Power of Body Language' bermaksud 'Kita mempunyai aspek kehidupan yang peribadi yang kita ingin kekalkannya supaya bersifat peribadi. Apabila kita mahu berinteraksi dengan orang ramai, kita memakai topeng yang membolehkan kita menjalankan perniagaan tanpa membenarkan orang lain melihat perkara di sebalik tabir peribadi kita'



Read more >>

Ahad, 9 Oktober 2011

CROSS SALE - TINDAKAN SUSULAN


Amat mengecewakan kerana apa juga kita lakukan kita masih gagal untuk melakukannya.  Di harap selepas ini tindakan-tindakan berikut dapat di lakukan agar cross sale ini menjadi satu kenyataan dan habit kita dalam melakukan jualan iaitu


i.                     Sentiasa membuka mulut atau bercerita tentang adanya produk-produk lain yang bersesuaian dengan pelanggan tersebut untuk di gunakan


ii.                   Nyatakan kelebihan-kelebihan terlebih dahulu produk-produk yang ingin di tawarkan bukan ciri-cirinya


iii.                  Kenal pasti kehendak dan keperluan pelanggan terlebih dahulu. Memahami apa yang di mahukan dan apa di perlukan akan memudahkan lagi tugasan kita


iv.                 Gunakan register/catatan peribadi atas pelanggan yang telah mengambil produk yang sedia ada agar senang dan mudah tawarkan pula produk yang lain ataupun yang sama


v.                   Lakukan jualan ke atas produk yang di kira senang untuk ditawarkan atau di terima oleh pelanggan


vi.                 Lakukan sesuatu yang kreatif yang mempunyai perbezaan dengan apa yang di lakukan oleh pesaing


vii.                Per mudahkan jangan sama sekali di sukarkan


Banyak faedahnya jika kita dapat melakukan jualan secara CROSS SALE ini.  Semakin banyak kita melakukan jualan Cross Sale ini bermakna semakin tinggi keupayaan kita dalam menghasilkan pendapatan dan pulangan kepada kita. Amat mustahil jika kita hanya berjaya melakukan satu atau dua produk sahaja telah di anggap sebagai seorang hero dalam melakukan jualan.  Buktikan kepada orang lain yang anda juga boleh melakukan jualan tidak kira dalam bentuk apa juga produk yang di tawarkan.



Read more >>

Sabtu, 8 Oktober 2011

CROSS SALE - STRATEGI

Sebenarnya banyak strategi yang telah kita boleh per gunakan dalam memastikan cross sale dapat di lakukan seperti


·         flyers yang di satukan

·         satu borang tapi merangkumi semua produk

·         meletakkan bunting, poster dan banner di merata tempat 

·         Setiap hari satu produk di tawarkan secara khusus

·         Rajin membuka mulut

·         Sasaran di tetapkan pada semua produk yang di tawarkan

·         Kenal pasti produk apa yang mendapat sambutan di pasaran supaya mudah di tawarkan bersama produk utama


Anda gagal melakukan ‘Cross Sale’ bermakna anda telah memberi peluang kepada pesaing untuk melakukannya. Pesaing untung anda yang akan menanggung kerugian sebenarnya.



Read more >>

Jumaat, 7 Oktober 2011

CROSS SALE - SATU KELEBIHAN

Dari segi istilah Cross Sale (Jualan Bersilang) ini adalah satu jenis tindakan atau secara praktisnya melakukan jualan sesama atau antaranya yang mengukuhkan pelanggan, pasaran, transaksi dan sebagainya ataupun ia juga di lakukan  dalam jualan sebagai satu tambahan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada.


Jelas dari istilah yang diberikan jualan perlu di lakukan secara konsisten dalam menentukan produk yang di tawarkan mendapat sambutan.  Kalau tiada usaha yang bersungguh-sungguh pasti tidak akan dapat apa yang kita kehendaki. Sama ada ia satu produk atau tambahan kepada produk yang telah di jual, jualan secara cross sale perlu di lakukan juga.


Kenapa Cross Sale ini perlu di laksanakan?

                                                              I.      terdapat banyak produk yang di keluarkan yang perlu di tawarkan kepada pelanggan

                                                           II.      mudah untuk melakukan jualan atau penceritaan kepada pelanggan

                                                         III.      memudahkan pelanggan untuk memilih produk mana yang di kehendaki dan bersesuaian dengannya

                                                        IV.      ambil kesempatan ke atas pelanggan yang sedia ada

                                                           V.      pelanggan dah mula mengenali organisasi dan produk yang ada

                                                        VI.      menggalakkan lagi kesetiaan pelanggan kepada produk kita

                                                      VII.      memenuhi dan membantu pelanggan tanpa perlu ke tempat lain

                                                   VIII.      pendapatan tambahan kepada organisasi dan diri sendiri (komisen yang di tawarkan)


Umpama pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan, kalau setakat lulus satu atau dua sahaja mata pelajaran yang di ambil sedangkan peperiksaan sebanyak lapan mata pelajaran, adakah itu di katakan lulus dalam peperiksaannya ?  Ini bermakna hanya mereka yang lulus dalam semua mata pelajaran yang di ambil akan di kira berjaya sepenuhnya

Begitu juga dalam karier jualan, kalau setakat satu atau dua sahaja produk yang boleh di jual walhal banyak produk lagi tidak boleh di buat jualan adakah itu juga di namakan satu kejayaan dan kepuasan dalam menjual ? Fikirkanlah…….


Read more >>

Khamis, 6 Oktober 2011

KEPENTINGAN MASA

“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.

Begitulah setiap kali apabila kita di ingatkan tentang masa pasti Ustaz-ustaz atau penceramah-penceramah Muslim akan membacakan ayat di atas ini

Begitulah peringatan Allah tentang betapa pentingnya masa yang perlu kita tempuhi tidak kira apa juga yang kita lakukan.  Masa akan menentukan sama ada kita berada di dalam waktu kita berehat, beramal ibadat, kerja, tidur dan sebagainya.  Terpulang kepada kita dalam menentukan masa yang diberikan kepada kita dalam melakukan sesuatu.

Masa yang ada kalau kita tidak memperuntukkan secara betul dan elok pasti ia berlalu begitu sahaja. Umpama kalau kita menghadiri majlis ilmu, terasa lama sungguh masa untuk berlalu sampai terguap-guap di buatnya itu tidak masuk lagi kalau terlelap. Serupa juga kalau kita terpaksa menunggu seseorang untuk bertemu, selagi orang yang ingin kita bertemu itu tidak menghadirkan dirinya selagi itulah kita merasa resah dan gelisah sambil melihat jam di tangan sentiasa. Tetapi kalau kita menghabiskan masa berbual-bual kosong dengan rakan-rakan kita begitu sahaja semakin cepatlah pula kita merasakan masa berlalu.

Begitu juga dalam melakukan Jualan di mana kita sememangnya amat memerlukan masa sentiasa memihak kepada kita seperti

i. temu janji bertemu prospek/bakal pelanggan/pelanggan

ii.mengejar peluang-peluang yang ada mengikut ‘time frame’ yang di benarkan

iii. mengikut seperti mana perancangan yang di rancang kan awal

iv. penghantaran laporan-laporan yang di kehendaki

v. memastikan sasaran yang diberikan dapat di penuhi mengikut masa yang di tetapkan

vi.persiapan diri sebelum melakukan jualan dsbnya

Mengikut pemikir-pemikir barat terdapat 4 aturan dalam masa yang mana rasanya perlu juga untuk kita ketahui iaitu

i.                    Masa mudah luput
Ini menunjukkan masa tidak boleh di simpan dan menunggu kita untuk kita ulangi semula. Masa tetap pergi dan berlalu begitu sahaja. Apa yang boleh kita lakukan hanyalah boleh memperuntukkan masa bagi tujuan  aktiviti yang di rancang dahulu sama ada penting ataupun tidak. Yang pasti suka atau tidak masa tidak menunggu kita dan berlalu begitu sahaja. 

ii.                  Masa begitu berharga
Berharga nya masa sehingga semua kerja dan tugasan kita memerlukan masa. Tidak kiralah apa juga aktiviti yang anda lakukan walaupun hanya seketika sahaja seperti terlelap atau memandang seseorang ia juga memerlukan masa. Seperti mana aturan 20/80 yang mana 20% yang kita rancang kan untuk kita menghasilkan 80% keputusan yang di kehendaki betul-betul memerlukan masa yang di kehendaki untuk kita capai matlamat yang telah kita tetapkan. Peruntukkan masa bertemu dan berbual dengan pelanggan memerlukan masa yang sepatutnya dan bukannya yang berlebihan sehingga membuang waktu. Perancangan yang rapi dengan disiplin yang teguh pasti merasakan masa yang ada begitu sekali di perlukan.

iii.                Masa tidak dapat di ganti
Mungkin kalau kita kehilangan seorang pelanggan yang sepatutnya menerima tawaran produk kita menolaknya di saat akhir dan kita gantikan dengan pelanggan yang lain tiada masalahnya, tetapi bagaimana dengan masa yang terpaksa kita lalui yang pasti tidak boleh kita gantikan semula ?  Agaknya berapa banyak lagi masa yang perlu di ambil dan di peruntukkan semata-mata untuk melengkapkan dokumen yang serba tidak cukup-cukup hasil meminta pelanggan yang asyik mengatakan tunggu dan tunggu lagi. Tumpuan kita habis masanya begitu sahaja kerana melayan kerenah pelanggan yang sebegini. Tidak itu namanya membuang masa kita ? Cukup kah hanya dengan seorang pelanggan sahaja kita berurusan ? Bagaimana dengan peluang-peluang lain yang ada yang mungkin dapat kita menjimatkan lagi masa kita demi mencapai sasaran yang di perlukan ?


iv.                Masa adalah amat sempurna
Setiap matlamat yang kita kehendaki memerlukan gerak kerja yang bersungguh untuk mencapainya walaupun terdapat banyak rintangan, cabaran dan dugaannya. Perkara paling bijak dan cekap apabila mengambil sedikit masa untuk kita fikirkan sedalam-dalamnya tindakan yang perlu di ambil menetapkan matlamat tugasan kerja kita dan mencari jalan penyelesaiannya bagaimana untuk bertindak mengikut masa yang di peruntukkan. Gagal untuk di capai bermakna matlamat yang di lakukan adalah sia-sia dan membuang masa begitu sahaja seolah-olah sebagai seorang yang hilang hala tuju dan pedoman hidupnya.

Jadi apa yang perlu kita lakukan ini dalam menghadapi keperluan masa yang semakin hilang ini adalah bergantung sepenuhnya kepada tindak tanduk kita sebenarnya iaitu 


·         Peruntukkan masa melakukan perkara-perkara paling penting dalam jualan dari melakukan perkara-perkara yang kurang penting memberi kepentingan kepada sasaran jualan kita

·         Rancang lah keperluan masa bersama ketua dan rakan sekerja anda seperti mesyuarat ataupun morning briefing anda apa yang perlu di lakukan secara berdisiplin  dan mengikut waktu yang telah di tetapkan. 

·         Selagi kita berfikir tentang kepentingan dan penggunaan masa, bertambah baiklah tindakan anda dalam menguruskan masa yang anda dalam baik dalam diri anda ataupun dalam karier anda sendiri.


Read more >>