Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 5 Oktober 2011

PERLUKAH MASALAH TIMBUL?


Firman Allah bermaksud “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (al-Baqarah: 216)
 


Balik-balik masalah, masalah, masalah……. Lepas satu masalah, datang pula satu masalah yang lain

Apa dia yang di namakan masalah? Ikut maknanya masalah adalah satu situasi yang tidak sama sekali kita inginkan di mana keselaluan nya ia nya berlaku di luar batasan jangkaan kita.  Apa jua kesilapan yang mungkin kita lakukan dalam sesuatu tindakan pasti akan timbul masalah yang tidak di ingini.

Bagaimana untuk kita mengatasi masalah yang kerap kali datang dan muncul dalam hidup kita sehingga boleh membawa kerisauan, susah hati dan mengganggu tugasan kerja kita setiap hari.  Mungkin ini boleh membantu kita

1.     Cari dan fahami sebabnya

2.     Cari positif/hikmah nya di sebalik masalah

3.     Hadapinya jangan lari

4.     Yakin ada jalan penyelesaiannya

5.     Iltizam

Oleh itu anggaplah masalah yang datang kepada diri kita ini merupakan satu perkara yang mesti di lihat dari segi positifnya. Jangan terbawa-bawa, tidak tentu hala, sentiasa bersedih dan impaknya cukup besar jika kita bermasalah kerana

prospek/bakal pelanggan/pelanggan pasti tidak gemar untuk berurusan dengan kita 

kita tidak ceria

prestasi kerja terjejas teruk

sentiasa berfikiran negatif

mudah di hinggapi penyakit, penyebab Cuti Sakit akan timbul

memberi kesan yang negatif kepada rakan sekerja dan orang sekeliling

pesaing kita akan segera mengambil kesempatan di atas kelemahan kita

Berubahlah demi kebaikan kita bersama. Hadapi masalah dengan baik dan tenang jangan sama sekali lari dari menghadapi masalah yang timbul. Pandanglah ia dari sudut yang positif supaya sedikit sebanyak dapat membantu kita menghadapi dan menyelesaikan ia sebaik yang mungkin. Hanya dengan Allah sahajalah kita bernaung dan hanya dengan Allah sahajalah tempat kita menyerahkan diri.


Read more >>

Selasa, 4 Oktober 2011

DISIPLINKAN DIRI


Terdapat LAPAN cara bagaimana untuk mendisiplinkan diri anda sendiri bagi mencapai kejayaan yang di idamkan. Bagi mendapatkan hasil yang lumayan supaya lebih berdisiplin dan bertanggung jawab adalah di sarankan agar anda sentiasa melakukan latihan demi latihan dan pencarian ilmu tanpa merasa penat dan putus asa berulang kali tanpa rasa jemu sehinggalah ianya telah menjadi satu tabiat yang kekal, konsisten dan semula jadi kepada anda.



i.                    Penetapan matlamat dan tujuan yang kukuh

ii.                  Perancangan dan penyeliaan semula tiada kesilapan tidak berulang

iii.                Penetapan kepentingan dalam melakukan jualan

iv.                Penumpuan/ FOKUS dalam nilai-nilai kepentingan karier

v.                  Penjagaan kesihatan

vi.                Pencarian Ilmu

vii.              Penjagaan hubungan dimana sahaja

viii.            Penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah SWT

Tanpa disiplin yang jitu dan kukuh, tiada siapa pun yang boleh perbetulkan melainkan diri anda sendiri. Disiplin adalah tunjang yang perlu di bina kukuh demi memastikan kejayaan milik diri anda sendiri.  Tanpa disiplin diri yang kukuh agar sukar dan susah bagi anda menemui jalan-jalan kegemilangan yang di harapkan. Latih lah diri anda sentiasa supaya lebih berdisiplin dan sentiasa mahu berjaya bukan setakat karier anda dan kehidupan di dunia tetapi juga di akhirat kelak.


Read more >>

Isnin, 3 Oktober 2011

TANDA-TANDA GAGAL LAKUKAN JUALAN


Mana – mana organisasi sudah pasti tidak memerlukan kakitangan yang menjual mempunyai tabiat dan perangai yang tidak baik dan tidak dapat di terima bukan sahaja oleh organisasi tersebut malah prospek/bakal pelanggan/pelanggan juga tidak menggemari tindakan orang-orang seperti ini.  Sudah pasti ini akan membawa satu imej yang buruk dan tidak elok terhadap sesebuah organisasi.


Apa yang di maksudkan istilah teruk ini bukanlah bermakna ia  nya melakukan rasuah, teruk perangainya atau mencuri tetapi tindakannya ketika melakukan jualan langsung tidak sesuai,  tidak kena pada tempatnya, dengan skil jualan yang terlalu uzur atau orang lain melihatnya cukup tidak senang dan selesa atas sikap sambil lewa dan mudah sahaja yang menunjukkan tiada kesungguhannya.


Antara tanda-tanda yang tidak di senangi itu adalah


1.      Lemah, tiada perancangan dan persediaan


2.      Lemah dan tiada kesungguhan untuk memahami kehendak pelanggan


3.      Jualan tidak selari mengikut kehendak organisasi yang di wakili


4.      Lemah atau tiada langsung sistem melakukan jualan dalam menemui prospek/bakal pelanggan


5.      Lemah atau tiada langsung pembangunan diri


Ilmu yang di dapati tidak pernah lengkap atau habis, sentiasa ada yang baru pula muncul.  Pelajari daripada mereka yang berjaya melakukannya dan tiasa merasa segan silu untuk bertanya dan berkongsi ilmu. Jangan sama sekali kedekut dan memerap ilmu kerana perkara sebegini di larang sama sekali dalam Islam.


Tanda-tanda yang di nyatakan di atas bukan bermakna anda telah gagal atau pemalas jika ada dalam diri anda tetapi sepatutnya untuk anda muhasabah kembali dan perbetulkan semula mana-mana bahagian yang kurang atau tidak pernah anda lakukan. Iktibar dan pengajaran mana-mana yang terasa kekurangannya cepat-cepat di perbetulkan segera. Terlalu banyak jalan dan caranya untuk kita bergerak lebih maju lagi. Mulai sekarang lakukan lah ia dengan bersungguh dan tidak mengambil sambil lewa untuk tidak lagi termasuk dan di kategorikan sebagai kakitangan SALES TEAM yang gagal dan kurang menyerlah dalam melakukan jualan



 
Read more >>

Ahad, 2 Oktober 2011

Jenis Komunikasi


'Berbaik-baiklah dengan semua orang, tetapi akrablah hanya dengan sebilangan. Dan biarkan yang sebilangan itu diuji sebelum anda memberikan keyakinan kepada mereka.  Persahabatan sejati ibarat pohon yang membesar secara perlahan, dan mesti melalui dan menahan beban kedukaan, sebelum diberikan apa juga gelaran penghormatan' - George Washington

Mengenali prospek/pelanggan termasuk diri anda sendiri amat di perlukan bagi memudahkan lagi masa semasa berinteraksi ketika bersama mereka. Lihat bagaimana mereka bersuara, bercakap, berinteraksi dan berkomunikasi supaya anda lebih mengetahui cara dan bagaimana anda boleh berurusan melakukan tugasan jualan apabila berhadapan dengan mereka. Semua ini akan lebih memudahkan diri anda mengambil sesuatu tindakan bila anda sudah mengetahui jenis-jenis komunikasi yang ada.

Ingat ada Empat jenis Komunikasi yang perlu di fahami iaitu :


i.  Agresif - Semuanya berkisar pada diri sendiri dengan tiada mengambil tahu kepada hak  dan tanggung jawab orang lain. Yang penting gemar merendahkan, melemahkan, memalukan dan menjatuhkan maruah orang lain.


ii.  Asertif - Paling penting diri kita, bukan orang lain selepas kita menjadi prioriti. Suka menyatakan apa juga keinginan, keperluan dan kemahuan kepada orang lain dalam bentuk yang boleh di terima demi menjaga perasaan si penerima.  Sanggup menyatakan sesuatu dalam bentuk yang sungguh beradab dan di terima tanpa niat menjatuhkan maruah orang lain.


iii.  Responsif – Paling penting kehendak orang lain dahulu kemudian baru kita pula. Sering akui orang lain memberikan kekuatan, sumber dan pandangan yang cukup berbeza tentang sesuatu perkara. Memang jenis Low Profile.


iv.  Bukan Asertif – Apa pun juga demi orang lain sahaja sehinggakan diri sendiri tidak penting dan berguna.  Tidak menerima dan menolak terus tanggung jawab dan hak sendiri. Kebiasaannya pasti ramai yang akan mengambil kesempatan ke atas orang seperti ini.


Jadi pilihlah anda berada di bahagian yang mana??? dan bagaimana pula untuk anda mengenali prospek/pelanggan bila anda melakukan penawaran dan jualan.

Tepuk dada tanya selera……

Read more >>

Sabtu, 1 Oktober 2011

PENDENGAR YANG BAIK PELANGGAN SENANG HATI

Firman Allah bermaksud 'Dan tidak (pula) sama orang-orang yang hidup dan orang-orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan kamu sekali-kali tiada sanggup menjadikan orang yang di dalam kubur dapat mendengar' (Faathir: 22).
 
Skil mendengar apa yang di perkatakan oleh prospek/bakal pelanggan/pelanggan amat di perlukan oleh anda.Ingat kah lagi semasa anda bersekolah dahulu, bagaimana anda mencatat nota ke atas point-point penting yang di ajukan oleh guru-guru anda ketika itu? Saya pasti amalan seperti ini masih di amalkan lagi sehingga kini di mana apa yang di perkatakan oleh guru-guru yang mengajar di depan kita sudah pasti pengambilan nota-nota dilakukan. Masalah yang timbul, jika di bandingkan antara seorang demi seorang mesti berbeza makna dan pengetahuannya tidak sama mengikut kefahaman dan tafsiran  masing-masing. 


Di sini ada beberapa tips yang boleh di guna pakai oleh anda bagi menajamkan dan di perbaikikan lagi skil kemahiran anda mendengar apabila berhadapan dengan prospek/bakal pelanggan/pelanggan iaitu


Jangan banyak bercakap apatah lagi melatah

Tunjukkan kesungguhan anda

Bertindak jujur bukan lakonan

Jagai pergerakan tubuh dan penglihatan anda

Lebih baik banyakkan bertanya dari beri penerangan

Keselesaan pelanggan di utamakan

Jangan terlalu banyak mengganggu atau mencelah mereka bercakap

Mendengar untuk memahami

Hindari diri dari berdebat

Pastikan tiada gangguan dari anda sendiri seperti hand phone & fikiran

Ambil nota, lakukan ringkasan dan sahkan semula kemahuan mereka

Selepas ini pastikanlah anda telah bersedia sepenuhnya dengan persiapan yang rapi menghadapi kerenah dan perangai mereka. Jadilah seorang pendengar yang baik sentiasa walaupun semasa itu mungkin fikiran anda sedang berlegar-legar memikirkan sesuatu. Beri tumpuan dan konsentrasi sepenuh hati semoga prospek/bakal pelanggan/pelanggan yang berada di hadapan anda sentiasa merasakan diri mereka di ambil berat dan perhatian dari anda sendiri setiap detik terutamanya apabila mereka mula bersuara dan bercakap. Tiada ruginya anda jika anda peruntukkan mengambil masa sedikit mendengar apa yang mereka perkatakan.  Hasilnya cukup lumayan apabila mereka mula merasakan di ambil berat dan perhatian sepenuhnya oleh anda ketika mendengar dan terus mendengar apa yang mereka perlukan dan mahukan.


Read more >>