Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 9 September 2011

DEGIL? KERAS KEPALA? PERGUNAKAN.....


Keras hati ataupun degil adalah satu sikap negatif yang boleh di per gunakan bagi membantu dan meningkatkan lagi prestasi pekerjaan kita.  Lakukan dengan penuh iltizam sifat negatif ini semata-mata menjadikan satu motivasi yang berkekalan dan sukar untuk di padamkan demi kepentingan diri kita sendiri.

Bagaimana ia boleh membantu? Dengan rasa ‘Keras Hati’ ataupun mempunyai ‘Kedegilan’ yang tegar ini kita boleh mempergunakannya ia melalui cara :

ü  Bantukan untuk Jualan


i.                     Perlu ada rasa mengetahui kehendak dan kemahuan pelanggan
ii.                   Tunjukkan dengan rasa kesungguhan membantu pelanggan
iii.                  Beri bantuan sepatutnya dengan cara mahu membantu daripada menunjukkan kepada pelanggan untuk menjual

ü  Penjual adalah Konsultan ataupun doktor


i.                     Cuba memenuhi kehendak, keperluan dan kemahuan mereka
ii.                   Selami apa yang benar-benar mereka perlukan
iii.                  Tunjukkan yang kita dapat selesaikan permasalahan mereka
iv.                 Selagi mereka menjawab segala persoalan kita bermakna selagi itu mempunyai harapan besar untuk menjadi pelanggan tetap kita dan beliau telah bersedia untuk menerima produk yang di  tawarkan

ü  Jangan berikan tekanan kepada pelanggan

Degil untuk bersabar dan sentiasa tenang dengan kerenah pelanggan 

i.                     Jangan sama sekali memaksa pelanggan
ii.                   Fahamkan pelanggan dengan tutur kata dan penerangan yang baik
iii.                  Berikan mereka peluang untuk berfikir untuk lakukan keputusan
iv.                 Lakukan susulan yang mesra secara konsisten supaya pelanggan boleh menerima produk yang di tawarkan

ü  Lakukan persembahan yang mantap


i.                     Biar pelanggan jelas dan faham apa kehendak kita berserta sekali dengan kehebatan produk kita
ii.                   Tunjukkan yang produk di tawarkan ini memang pelanggan amat memerlukannya
iii.                  Lakukan persiapan yang rapi dan betul
iv.                 Belajar dari kesilapan yang telah kita lalui dahulu
Read more >>

Rabu, 7 September 2011

ESTABLISH RAPPORT



Sabda Rasulullah SAW bermaksud
Ziarah lah dari masa ke semasa tentu ia akan menambahkan lagi kasih sayang’ 
(Di riwayatkan oleh Tabrani)

Jalinan perhubungan yang mesra, akrab dan baik amat penting kita semua amalkan. Ini adalah kerana hebahan mulut pelanggan-pelanggan ini menceritakan sesuatu yang baik kepada rakan-rakan mereka amat-amat kita perlukan di samping juga akan memperbanyakkan lagi leads dan referral untuk kita juga.

Susun lah satu perancangan yang baik untuk melakukan lawatan bertemu mereka walaupun hanya sebentar sahaja kerana ianya akan dapat memberi implikasi yang positif kepada mereka.  Sekurang-kurangnya kalau kita tidak dapat bertemu mereka lakukan panggilan telefon kepada mereka. Paling baik kiranya dapat di ucapkan Selamat menyambut hari Jadi, Salam Aidil Fitri ataupun Aidil Adha.

Walaupun nampak simple tapi pelanggan cukup merasakan diri beliau di hargai sepenuhnya. Belajar untuk tidak menjadi kedekut dan bakhil memberikan ucapan kepada pelanggan dan sanggup menghabiskan wang yang sedikit menghantar pesanan ataupun telefon pelanggan-pelanggan yang sedia ada.



Read more >>

Selasa, 6 September 2011

PANGKALAN DATA DALAM JUALAN

Data adalah sesuatu perkara yang terpenting harus kita dapati apabila kita ingin menjual. 

Sasarkan pelanggan mana yang perlu kita dapati bagi memudahkan kita melakukan jualan kepada Prospek nanti. 

Di mana kita boleh dapatkan pelanggan?

Kenapa pangkalan data perlu di sediakan? Ini adalah kerana untuk

i.                     Kenal pasti bakal prospek/bakal pelanggan

ii.                   Memudahkan lagi tugasan kita

iii.                  Tahu hala tuju kita ke mana

iv.                 Sebagai satu panduan di masa hadapan

v.                   Lakukan ‘cross sale’ dan jualan berulang

vi.                 Tidak putus leads/prospek

vii.                Boleh di pilih sasaran yang mana perlu

viii.              Lebih meyakinkan melakukan jualan
Read more >>

Isnin, 5 September 2011

Apa yang perlu di fokuskan

Dalam kita melakukan sesuatu apa yang perlu di lakukan kepada kita adalah sentiasa tahu yang kita sendiri lakukan.  Matlamat perlu jelas supaya kita lebih berjaya untuk mencapai objektif kita bekerja. Umpama kita hendak menaiki kapal terbang dari Alor Star ke Kuala Lumpur, cukup masa yang telah di tetapkan sudah pasti kita akan sampai ke KLIA kerana FOKUS Pilot kapal terbang yang hendak di naiki perlu sampai ke destinasi yang di tuju sampai dengan selamatnya dan tepat pada masa yang di tentukan

Apa yang perlu kita fokuskan setiap hari? 

Ada tiga perkara utama yang perlu kita fokuskan bersama sebelum kita memulakan Jualan kita iaitu

i.                     Fokus kepada Diri Sendiri - anda seorang sahaja yang tahu tentang diri anda, kekuatan dan kelemahan diri anda

ii.                   Fokus kepada Produk - kena tahu betul-betul tentang produk yang hendak di tawarkan
 
iii.                  Fokus kepada Organisasi - nama organisasi perlu di ketahui lebih mendalam kerana anda adalah duta kepada organisasi tersebut

Read more >>