Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 24 Ogos 2011

ANDA JUGA SEORANG DOKTOR

Ke kadang kita lupa yang profesion sebagai seorang Jurujual boleh di samakan tugasan seperti seorang Doktor.  Ramai yang profesionnya sebagai orang yang menjual  sering melabelkan diri mereka sebagai Konsultan Jurujual Profesional ataupun Doktor Jurujual.  Agak melucukan juga, tetapi itulah hakikatnya. Di samping berniat untuk membantu seseorang dan mendengar keluh kesah masalah pelanggan ia juga boleh mendatangkan pendapatan lumayan kepada kita juga.

Kebiasaannya seorang Doktor yang kita temui sentiasa akan melalui 3 peringkat yang kita sama sekali kadang-kadang samada sedar ataupun tidak akan ANDA lalui iaitu


     PEMERIKSAAN ------>   DIAGNOSIS   ---------------->   PRESKRIPSI

Inilah tiga peringkat yang sering di lakukan oleh seorang jurujual yang mahir dan profesional yang menggunakan kaedah seorang doktor bagi merawat pesakitnya. Perlaksanaan ini juga adalah satu cara dan jalan mudah kepada kita untuk mendapatkan pelanggan bukan sahaja gaya persembahan yang lebih teratur tetapi juga ianya dapat pula menjimatkan masa kita melayan pelanggan.  Perancangan yang betul di susuli memahami kehendak pelanggan dengan tepat akan memudahkan lagi tugasan kita untuk menjual dan di terima oleh pelanggan



Read more >>

Selasa, 23 Ogos 2011

Untungnya ada Hebahan Mulut terjadi

Bagi mendapatkan dan memudahkan hebahan mulut ke mulut ini berlaku pergerakannya dengan cepat tersebar umpama angin yang bertiupan di sekitaran kehidupan anda semua, apa yang perlu kita lakukan supaya lebih memudahkan lagi penjualan produk yang di tawarkan di terima oleh orang lain secara mudah dan senang adalah seperti berikut :


i.                     Memastikan yang layanan dan perkhidmatan yang kita tawarkan adalah mengikut kehendak dan kemahuan pelanggan itu sendiri

ii.                   Layanan perlulah baik dan elok tidak kira sesiapapun kita bersua atau berhadapan dengan mana-mana pelanggan

iii.                  Penerangan yang telus dan tulus di berikan ke atas produk yang di tawarkan dan mudah di fahami dan di terima

iv.                 Menawarkan perkhidmatan yang memudahkan seseorang tidak menyusahkan dan memeningkan kepala

v.                   Mudah di perolehi di mana-mana dengan perkhidmatan yang sama di semua tempat yang di tawarkan

vi.                 Mendapatkan kepercayaan pelanggan ke atas diri kita

vii.                Memberi kesan yang cukup mendalam kepada pelanggan tersebut di sebabkan cara baik dan berhemah kita kepada pelanggan

Oleh itu pastikan bermula dari hari ini tindakan yang betul memberikan pulangan yang berterusan kepada kita. 

Apabila mendapat seorang pelanggan jangan sama sekali di biarkan begitu sahaja. 

Ambil kesempatan ke atas pelanggan sentiasa bagi hebahan mulut pelanggan itu sendiri sebarkan apa yang telah kita tawarkan kepadanya.   

Niat yang betul, tindakan yang di gemari orang, pasti membuahkan hasil yang lumayan balik kepada kita.   

Sukar melakukan Jualan akan menyukarkan semula kepada kita mendapatkan pelanggan yang tidak di sangka-sangka.


Read more >>

Isnin, 22 Ogos 2011

HEBAHAN MULUT

Seorang Penjual Kereta paling hebat di Amerika Syarikat, Joe Girard ada mengatakan hasil dari pengalaman beliau bahawa” Apabila kita memberikan khidmat jualan terbaik kepada pelanggan, beliau akan memberitahu hal kebaikan ini kepada ahli keluarga, kenalan rapat, rakan sekerja dan mereka yang sering berhubungan dengannya.  Akhirnya berita ini akan tersebar kepada 250 orang yang dekat atau rapat dengan pelanggan kita tadi.  Hal ini juga berlaku sekiranya kita memberikan layanan khidmat yang buruk kepada pelanggan.  Seramai 250 orang akan mengetahui berkenaan layanan buruk ini.’ Teori penyebaran 250 orang ini sehingga kini masih di guna pakai bukan sahaja di Amerika tetapi juga di seluruh dunia yang mana ianya di kenali sebagai ‘Theory Girard 250

Fikir-fikirkanlah........
Read more >>

Ahad, 21 Ogos 2011

KAD PERNIAGAAN

Kenapa Kad Perniagaan ini begitu meluas di gunakan oleh orang yang melakukan Jualan???

i.                     Amat mudah untuk di bawa ke mana sahaja

ii.                   Sebagai satu alat yang cukup mudah apabila bertemu dengan seseorang untuk memperkenalkan diri kita terutama yang pertama kali bersua atau bertemu

iii.                  Meyakinkan penerima kad perniagaan siapa kita sebenarnya

iv.                 Tidak perlu bercerita lebih panjang lebar atau secara mendalam latar belakang dari mana kita datang dan mewakili organisasi mana

v.                   Mudah di masa hadapan untuk mereka-mereka yang menerima kad perniagaan kita menghubungi kita semula.

vi.                 Kos yang murah dan menjimatkan

Bakal-bakal pelanggan akan mudah merasa gembira/seronok/yakin kepada anda jika anda menghulurkan Kad Perniagaan anda sendiri kepada beliau.  Bakal pelanggan juga agak mudah untuk anda dampingi bagi memaklumkan kepada mereka akan  produk-produk yang anda tawarkan baik semasa kita bertemu dengan mereka ataupun mereka menelefon anda semula di waktu mereka memerlukan perkhidmatan anda nanti.

Ini bermakna di mana juga anda berada, sila pastikan Kad Perniagaan anda juga sentiasa berada di sisi anda umpama Hand phone anda juga yang sentiasa anda bawa ke hulu dan ke hilir ke mana sahaja anda pergi.  Bagi orang lelaki mungkin boleh meletakkan sedikit di dalam dompet anda. Bagi perempuan boleh meletakkannya pula di dalam beg tangan anda juga.  Bukan untuk itu sahaja, mungkin di atas meja pejabat anda, di dalam kereta anda mahupun di dalam ‘Sales Kit’ anda juga perlu di letakkan Kad Perniagaan anda.

Kesimpulannya, banyak kebaikannya dari keburukannya dan kemudahan yang bakal anda perolehi apabila anda benar-benar mengedarkan Kad Perniagaan anda tidak mengira siapa jua penerimanya di mana jua anda bersua dengan orang.  Teruskan usaha untuk mendapatkan ‘leads-leads’ baru yang ada bagi memudahkan lagi tugasan anda setiap hari.
Read more >>

Sabtu, 20 Ogos 2011

Elakkan keburukkan dalam semangat berpasukan

Samalah juga dalam kita bergerak sebagai satu pasukan, sesama kita juga perlu memastikan bahawa pasukan yang kita bina ini perlulah bergerak secara bersama, satu tujuan, matlamat dan cara kerja yang sama.  Jangan kerana ada seorang atau dua orang nanti akan mengakibatkan nama kumpulan Jualan kita menjadi tercemar dengan teruk di sebabkan oleh ketamakan, mementingkan diri sendiri ataupun merasakan diri dia seorang sahaja yang betul apatah lagi jika terdapat keingkaran dalam mengikut arahan dari pihak atasan.  Kerana kesalahan dan kesilapan yang di lakukan oleh seseorang di hadapan pelanggan akan dapat menjatuhkan nama baik seluruh anggota pasukan yang lain.

Tindakan perlu di ambil segera jika terdapat nila ini iaitu dengan cara

i.                    Men campur adukkan yang hak dengan yang batil
Apabila terdapatnya percampuran antara sifat yang baik dan buruk ini dalam satu kumpulan jualan perkara ini akan memberikan satu kesan yang tidak elok dan buruk kepada bakal pelanggan/pelanggan nanti.  Apabila nama organisasi tidak elok maka semakin sukar untuk kita melakukan jualan.

Firman Allah “dan janganlah men campur yang hak dan yang batil dan janganlah sembunyikan yang hak itu, sedangkan kamu mengetahui” (Surah Al-Baqarah Ayat 42)

Hanya kebenaran saja yang perlu di ambil kira dengan memastikan tiada pembohongan dan kurangnya disiplin di lakukan dalam sesebuah pasukan Jualan

ii.                  Jika Nila itu boleh di hilangkan , maka buangkan saja nila tersebut
Kenal pasti Nila itu sebelum menitik. Sebagai rakan sekerja dan ketua kumpulan, dalam setiap masa mana-mana individu yang sering melakukan kesilapan, membawa khabar-khabar angin berita yang tidak baik, perkara-perkara yang negatif dan perlakuan yang tidak baik perlu di asingkan dan di singkirkan.

Biarlah hanya tinggal mereka-mereka yang mahu bekerja dan bersemangat untuk bekerja, bukan setakat menjaga periuk nasi masing-masing tetapi juga menjaga nama baik organisasi yang di wakili.  Penggantian pekerja dan pembelajaran amat memeritkan tapi perkara ini harus di tempuh dengan kesabaran dan ketenangan yang tinggi

iii.                Saat melakukan kesalahan bukan bermakna kita telah melakukan berterusan
Bila satu-satu kesilapan dan kesalahan telah di kenal pasti dengan segera perbetulkan dengan secepat yang mungkin supaya ianya tidak tersebar dengan segera.  Biar kita menanggung malu untuk menyatakan kesalahan kita tetapi bakal pelanggan/pelanggan akan lebih menghormati tindakan segera dan pantas bagi pembetulan yang telah kita lakukan.

Penerangan dan tunjuk ajar mestilah di lakukan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Biar cerewet sedikit dalam menyampaikan ilmu supaya di kemudian hari nanti tiada kesilapan dan kesalahan boleh di dapati apabila penerangan kepada pelanggan telah di laksanakan.

Kesimpulannya, sebagai satu kumpulan yang bergerak seiring dan bersama janganlah kerana seorang ataupun dua orang yang telah memberikan satu impak yang negatif kepada organisasi tempat kita bernaung ini akan menyebabkan namanya semakin busuk dan tidak di terima oleh orang ramai.  Sesuatu perlu di lakukan untuk menjaga nama baik organisasi tempat kita bertugas ini. Jagalah periuk nasi dan karier kita sebaik yang mungkin supaya kita di padang Mahsyar nanti tidak di persoalkan. Nama organisasi yang baik akan lebih memudahkan lagi untuk kita melakukan jualan walau di mana jua kita melakukannya
Read more >>