Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Rabu, 10 Ogos 2011

PENDEKATAN DALAM JUALAN (SALES APPROACH)

Untuk mendapatkan penutupan jualan beberapa cara dan langkah dalam mendapatkan keyakinan prospek menerima tawaran yang di tawarkan iaitu dengan cara

i.                     Perkukuhkan lagi kehendak prospek/pelangga

ii.                   Jual faedah/keuntungan yang bakal di perolehi

iii.                  Tanyakan soalan

iv.                 Melakukan pendengaran yang terbaik

v.                   Ciptakan keinginan mereka

vi.                 Bina komitmen

vii.                Empati

viii.              Senyum sentiasa

Amalkan
Read more >>

Selasa, 9 Ogos 2011

Pencarian LEADS

Menghasilkan Leads yang di kehendaki tidaklah sukar.
Yang sukarnya adalah mencari sasaran leads yang di perlukan.
Bersesuaian dengan sasaran pasaran pencarian perlu di lakukan dengan teliti dan bijaksana.

Antara ‘Leads-leads’ yang boleh di jadikan petunjuk adalah

i.                     Mengetahui keperluan produk kepada sasaran pelanggan

ii.                   Memahami keperluan dan kemahuan pasaran di mana letaknya sasaran pelanggan

iii.                  Memikirkan siapa pengguna sebenar yang menggunakan produk yang di tawarkan

iv.                 Kenali pesaing untuk mengetahui pelanggan yang di perlukan

v.                   Kumpul sebanyak yang boleh data-data prospek bagi tujuan memudahkan lagi saringan di lakukan

vi.                 Minta dari pelanggan-pelanggan sedia ada sebagai referral anda sendiri.

vii.                Edaran flyers

viii.              Buka mulut anda sendiri supaya orang tahu

Berusaha untuk mendapatkannya dan jangan di tunggu orang akan membekalkannya


Read more >>

Isnin, 8 Ogos 2011

Up Selling, Cross Selling dan Back End Sale

Teknik Meningkatkan Jualan

Sumber -http://www.hairizal.com/2011/04/teknik-meningkatkan-jualan.html


Walau apa juga bentuk bisnes samada internet atau perniagaan terbuka konvensional, anda boleh meningkatkan jualan. Di sini saya berikan 3 teknik meningkatkan jualan menerusi maksud sebenar dari istilah perniagaan ini

Up selling
Apakah yang dinamakan up selling? Bagi kita yang mungkin pernah dengar tapi kurang faham maksudnya sekarang boleh mencatatkan apa yang dimaksudkan dengan up selling itu. Up selling adalah perkhidmatan atau produk tambahan yang dipromosikan sebelum pelanggan membuat bayaran. Ia juga boleh ditawarkan dengan pemberian percuma barangan lain sekiranya membeli pakej yang disediakan. Samada produk yang sama, yang berkaitan atau produk yang berbeza.

Cross selling
Cross selling adalah tawaran produk lain sebelum seseorang pelanggan itu membuat bayaran. Kita boleh menawarkan produk yang berkaitan. Sebagai contoh anda menjual hand phone. Anda boleh menawarkan sarung atau casing yang fancy kepada pelanggan anda itu. Ia akan membuatkan pelanggan berfikir dan terus mendapatkan produk yang anda tawarkan. Ia boleh di automasikan dengan dipakejkan sekali dengan produk utama dengan tawaran harga yang lebih murah. 

Back end sale
Tawaran produk baru beberapa hari atau seminggu atau sebulan selepas jualan. Bermaksud tawaran ini adalah untuk produk baru selepas jualan yang telah dilakukan. Selalunya adalah produk yang sama jenisnya tetapi ada kelebihan yang lebih menarik atau kelainan dalam penghasilannya. Jika melalui medium internet ia boleh ditawarkan melalui sistem e-mel atau SMS menerusi no. h/phone yang telah diberikan.

Tips 1 : Anda boleh gabungkan ketiga-tiga teknik di atas agar ia lebih menarik untuk menjadikan jualan kita meningkat dengan lebih baik.

Tips 2 : Anda boleh menawarkan produk lain atau memberi idea untuk mendapatkan produk lain sebelum atau selepas pelanggan membuat bayaran. Sebagai contoh apabila seseorang akan membeli selimut, tawarkan produk lain yang ada di gerai kita seperti : "Abang nak tak beli barang lain? Di sini ada baju baby, mana tahu ada kawan yang abang nak berikan sebagai hadiah, saya boleh berikan harga diskaun? Bagaimana, boleh?" Berikan lagi potongan harga diskaun sebagai galakan untuk mereka membeli. Kesempatan ini dibuat sebelum pelanggan beredar.

p/s : Ucapan terima kasih dan layanan mesra boleh meningkatkan jualan dan dapat menghadirkan pelanggan tetap.
Read more >>

Ahad, 7 Ogos 2011

9 Tips Hebat Meningkatkan Jualan Secara Mendadak melalui Online

By khai M. On April 22, 2010 Under Tips Perniagaan

Sumber : http://www.khainimis.com/9-tips-hebat-meningkatkan-jualan-secara-mendadak/
Artikel kali ini lebih kepada cara melakukan promosi hebat ke atas jualan, khas untuk para peniaga yang melakukan pemasaran online. Ini adalah rahsia besar yang biasa digunakan oleh para pemasar internet yang telah berjaya memasarkan produk mereka secara besar-besaran. Pastikan anda tidak terlepas untuk membaca tips hebat ini.

1.  Prospek memiliki produk anda.
Buatkan pembaca atau prospek anda merasa seolah-olah mereka telah memiliki produk anda melalui penulisan iklan anda. Katakan kepada mereka tentang kebaikan dan kelebihan produk yang anda sedang pasarkan serta nyatakan sekali kesan atau manfaat yang akan diterima oleh pembeli apabila memiliki produk yang anda pasarkan. Mereka pastinya akan menjadi emosional dan tidak sabar-sabar untuk memiliki produk yang anda promosikan.

2. Jangan buat iklan anda nampak seperti iklan.
Semua orang termasuk saya sendiri pun menyampah dengan iklan. Nampakkan iklan anda seolah-olah seperti artikel atau cerita yang menarik untuk dibaca . Dengan cara ini, ianya akan meningkatkan lagi peratusan pengunjung atau pembaca iklan anda untuk terus membaca apa yang sedang anda promosikan tanpa mereka sedari bahawa ianya adalah iklan.

3. Psikologi Segera.
Ianya sememangnya salah satu strategi yang sangat berkesan untuk meningkatkan lagi peratusan pembeli. Buatkan pembaca atau prospek untuk bertindak segera untuk mendapatkan produk yang anda sedang promosikan. Contohnya;
katakan kepada prospek anda bahawa harga biasa produk yang anda sedang promosikan adalah RM95.00. Kemudian beritahu prospek anda bahawa mereka akan menerima produk itu pada harga luar biasa iaitu RM49.90 jika membelinya hari ini dan tambah lagi ‘Ianya adalah TERHAD untuk 10 orang sahaja’.
Mereka pastinya bertindak segera untuk mendapatkan produk anda.

4. Gunakan Headline atau tajuk iklan yang catchy dan unik untuk menarik perhatian pembaca.
Pembaca pastinya akan tertarik perhatian untuk membaca apa yang anda promosikan. contohnya;
“Tergempar! Seorang Penoreh Getah Terpaksa Bersara Awal kerana Gajinya Melebihi Pengurus Kilang Tayar!”
Di atas adalah contoh yang pastinya akan menarik perhatian pembaca. Jangan letakkan nama produk anda sebagai tajuk iklan.

5. Tempoh masa terima produk.
Maklumkan kepada prospek, berapa lamakah mereka akan mendapatkan produk anda sebaik sahaja mereka melakukan pembelian. Ini sangat penting kerana ianya mempengaruhi keputusan prospek membeli produk yang anda promosikan. Berapa lama pun masa yang anda perlu ambil untuk menghantar produk kepada pembeli tidak menjadi masalah. Yang penting, sila nyatakan di dalam promosi anda.

6. Gunakan fungsi ‘Bullet’ untuk menekankan kebaikan tentang produk anda.
Ianya akan lebih menarik minat prospek apabila anda menggariskan kelebihan-kebihan yang bakal prospek anda terima. Anda boleh gunakan fungsi-fungsi lain yang lebih menonjol seperti Bold, Italic, Underlined ataupun warna. Ini semua membantu dan menyelamatkan anda supaya prospek anda tidak terlepas pandang kelebihan utama produk anda.

7. Jaminan pulangan wang istimewa.
Bukan sekadar pulangan wang, tetapi juga tawarkan bonus tambahan yang akan mereka terima sekiranya mereka tidak puas hati terhadap produk anda. Jika anda gunakan elemen ini, pastinya prospek tidak teragak-agak mendapatkan produk anda dengan segera.

8. Umumkan bonus tambahan istimewa.
Dengan cara ini prospek anda akan bersemangat untuk membeli dengan segera untuk mendapatkan bonus tambahan yang anda tawarkan.

9. Gunakan kuasa testimonial.
Testimonial di dalam apa-apa promosi atau iklan sememangnya mempunyai kuasa untuk menyakinkan prospek untuk membeli. Tidak semestinya anda perlu mendapatkan testimonial daripada pembeli. Anda juga boleh kongsikan pengalaman anda sendiri tentang kesan atau kebaikan yang anda terima daripada produk yang anda promosikan.

Sembilan tips inilah akan membantu anda meningkatkan jualan anda ke tahap yang paling memberansangkan. Berpegang kepada 9 tips di atas, anda hanya perlukan kreativiti sahaja untuk menjadikan tips tersebut sebagai senjata utama jualan produk anda.
Read more >>

Sabtu, 6 Ogos 2011

BERUSAHA DI TUNTUT DALAM ISLAM

Usaha Tangga Kejayaan
Sabda Rasulullah SAW
Semoga Allah memberikan rahmat kepada orang yang berusaha dengan cara yang baik, berbelanja dengan sederhana dan menabung apa yang lebih (setelah memberi nafkah) untuk saat-saat dia yang memerlukannya nanti” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Satu janji Allah kepada kita untuk melakukan satu usaha yang berterusan apabila melakukan jualan. Tanpa usaha bagaimana untuk mendapatkan penutupan jualan seperti mana yang di kehendaki. Kita perlu berusaha demi memastikan

i.                     Mendapatkan keredaan dan kerahmatan Allah SWT

ii.                   Untuk berjaya di mestikan untuk berusaha secara berterusan

iii.                  Berusaha dengan cara yang amanah, jujur, baik dan di senangi oleh orang lain

iv.                 Hanya dengan berusaha boleh mendapatkan apa yang di ingini dan menambahkan pendapatan

v.                   Bukan setakat kejayaan di dunia sahaja tetapi di akhirat juga akan diberikan juga ganjarannya

vi.                 Tiada istilah malas dalam Islam

vii.                Allah sentiasa membantu kepada siapa juga yang rajin untuk berusaha demi kejayaan

viii.       Pelanggan perlu di cari bukannya di tunggu kehadirannya
 
Berusaha bukan setakat kejayaan di dunia malah kejayaan di akhirat juga boleh diperolehi
Read more >>