Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Jumaat, 5 Ogos 2011

JUALAN DI BULAN RAMADHAN

Produk-produk yang sentiasa di lakukan jualan ‘GILA-GILA’ di bulan Ramadhan


Aktiviti jualan sekali dalam setahun sahaja iaitu

i. Makanan terutamanya di Bazar Ramadhan/Berbuka Puasa

ii. Pakaian-tradisonal seperti Baju Melayu/Baju Kurung

iii. Aksesori wanita seperti tudung, butang

iv. Aksesori lelaki seperti songkok, ketayap, butang baju, kain samping

v. Biskut raya

vi. kurma

Di fahami jualan sebulan bagi mendapatkan keuntungan setahun.

Tak cuba mana nak tahu

 
Read more >>

Khamis, 4 Ogos 2011

Kedai Mamak dan Kedai Melayu


Posted by Wan Kamarul Ariffin Wan Ahmad
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

1. Pada kali ini, tulisan saya akan berkisar mengenai 'Kedai Mamak dan Kedai Melayu'. Saya mendapat idea ini sewaktu makan tengahari bersama kenalan-kenalan pejabat saya di kedai makan berhampiran pejabat. Beliau menyatakan bahawa jika mengikut disiplin kedai makan, pekerjanya tidak boleh memakai rantai dan juga baju t-shirt yang tidak berkolar sewaktu melayan pelanggan. Inilah masalah kedai makan melayu yang tidak menjaga etika ini.

2. Sesetengah orang yang sangat menjaga hatinya tidak akan makan di kedai makan sekiranya tukang masak tidak bertudung. Jika kita fikir, sekiranya hukum Allah tidak dijaga bagaimana pula mereka ingin menjaga kebersihan kedai mereka.

3. Berbalik kepada topik tadi, jika kita lihat terdapat perbezaan antara kedai mamak dan kedai melayu. Pertama sekali, pekerja atau pelayan kedai mamak pandai menghormati dan bersabar dengan pelanggan walaupun mereka dimarahi. Walaupun sesetengahnya diejek tidak fasih berbahasa melayu, mereka tetap bersabar melayan kerenah pelanggan mereka. Saya pernah mendengar cerita sewaktu berada di Kuantan suatu ketika dahulu, ada seorang bekas tentera yang menjirus air teh panas ke atas kepala pelayan kedai mamak kerana silap membawa pesanan yang dikehendaki!

4. Satu lagi sikap pelayan kedai makan ialah mereka tidak berat mulut dalam melayan pelanggan. Perhatikan dialog antara kedai mamak dan kedai melayu seperti berikut:



Kedai Mamak:

Pelayan: Makan apa encik?
Pelanggan: Saya mahu makan roti. Roti apa ada?
Pelayan: Roti canai, roti telur, roti tisu, roti nan, roti bom, roti bawang, roti planta....

Kedai Melayu

Pelayan: Encik mahu makan apa?
Pelanggan: Makanan apa ada?
Pelayan: Seperti biasa, goreng-goreng semua ada.

Ataupun

Pelayan: Encik mahu makan apa?
Pelanggan: Makanan apa ada?
Pelayan: Menu dekat di dinding tu. Boleh tengok.

Ini masalah kedai melayu di mana mereka berat mulut untuk melayan pelanggan. Sesetengahnya hanya bertanya pelanggan hendak minum apa dan tidak bertanya nak makan sekiranya pelanggan datang semasa datang waktu petang ataupun lewat malam kerana beranggapan pelanggan hendak minum sahaja. Buang masa bukan isunya di sini. Ini adalah masalah komunikasi dalam melayan pelanggan. Ini akan mengurangkan kualiti servis kepada pelanggan sekiranya kurang pandai berkomunikasi.


5. Pelayan-pelayan kedai mamak juga bekerja dengan pantas. Mereka akan terus ke meja pelanggan apabila pelanggan baru tiba. Mereka akan memastikan makanan yang dipesan akan sampai seberapa cepat yang boleh. Mereka akan dimarahi sekiranya mereka lambat atau silap membawa pesanan. Berbanding kedai melayu, pelayan-pelayannya akan duduk sekelompok di sudut kedai sambil berbual-bual sehinggakan mereka tidak sedar pelanggan sudah pun telah duduk di meja makan.

6. Di sini, kita dapati masih terdapat kelemahan dalam perniagaan orang melayu. Itu belum dikira perniagaan lain seperti kereta, car wash dan sebagainya. Kualiti orang melayu dalam perniagaan perlulah dipertingkatkan dari semasa ke semasa supaya perniagaan orang melayu dapat dimartabatkan. InsyaAllah.

Sekian, terima kasih.

Sumber:  9 Naga Pemasaran, Nassrul Hakim Md Jani.

Komen saya - sesuautu yang boleh di jadikan pengajaran dan iktibar buat kita semua 


Read more >>

Rabu, 3 Ogos 2011

BERNASIB BAIK

Dah kalah nak buat macam mana.....
Baru-baru ini anak bongsu saya berkata “Eleh Malaysia kalah pun kira nasib baik jer kat Singapura.”

Lalu saya pun menyampuk “sebenarnya nak, bukannya bernasib baik tetapi siapa yang bermain secara bersungguh dan mempunyai strategi yang baik sememangnya pasukan tersebut layak untuk menang”

Begitulah juga dalam bidang jualan, tiada istilah dalam bernasib baik tanpa usaha yang bersungguh dengan perancangan yang telti.

Bagi saya bukan bernasib baik kalau tiba-tiba sahaja anda boleh terus mendapatkan penutupan jualan yang di idamkan dengan begitu senang dan mudah sekali tetapi bagi saya adalah kebetulan  dan rezeki anda sahaja.

Tiada istilah Nasib baik dalam jualan. Selagi anda tidak berusaha untuk mendapatkannya selagi itulah nasib baik anda tidak akan muncul buat selama-lamanya.

Hanya orang yang malas dan mengharapkan simpati orang lain sahaja yang terlalu inginkan bernasib baik.

Allah telah berfirman di ayat Ali-Imran 3:182 : “Yang demikian itu adalah di sebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan bahawasanya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambanya” dan

Firman Allah dalam surah Al-Najm 53:39 bermaksud : “Dan bahawasanya seorang manusia itu tiada memperolehi selain apa yang telah di usahakannya.”


Read more >>

Selasa, 2 Ogos 2011

TEKNIK TULISAN RINGKAS DAN PANTAS [KAEDAH MSS]

Sumber : http://www.samizul.net/2010/06/teknik-tulisan-ringkas-dan-pantas.html

Assalamua'laikum w.b.t dan Salam sejahtera buat semua...

Kali ni Gaman mau kongsi satu pengalaman peribadi. Pengetahuan mengenai gaya menulis / menaip yang ringkas dan pantas. Sesiapa yang tahu pasal Penulisan Kreatif atau Kewartawanan, harap boleh berkongsi sama sesuatu di sini. Manatau ada yang salah silap, ehe. Kaedah ini mengkhusus kepada Bahasa Melayu sahaja buat masa ini.

Setiap orang mempunyai gaya [style] menulis. Maksud gaya di sini bukan ja pasal cara memegang pensil atau pen dan bentuk tulisan [sambung, mereng kiri atau kanan dll], tapi ianya merangkumi juga 'hasil' tulisan.

Tapi ianya berlainan jika kemudahan teknologi digunakan seperti mesin taip, papan kekunci, skrin sesentuh dan banyak lagi. Contoh mudah yang memberi kesan besar kepada gaya tulisan anda di ruang teknologi ini ialah SMS [Sistem Mesej SIngkat].

Kaedah ini adalah hasil pengalaman Gaman. Gaman cuba mengetengahkannya sebab inginkan 'pembaharuan' dalam ilmu Gaman yang ini. Mungkin ianya sudah wujud tetapi belum menjadi 'piawaian umum'. Harap kalau ada yang pakar bahasa di sini, dapat memberikan tunjuk ajar.

Kaedah ini Gaman bahagikan kepada tiga 'hukum' utama.

Hukum Pertama

"Buangkan huruf vokal di dalam imbuhan"

Ini ialah peraturan asas bagi teknik tulisan Gaman. Huruf Vokal iaitu A, E, I, O, dan U merupakan huruf yang boleh menjadikan suatu perkataan itu disebut dengan baik dan betul. Ini pada sisi pandangan Gaman lah, ehe.

Imbuhan pula terdiri daripada pelbagai kelas mengikut perubahan sama ada menjadi Kata Kerja atau Kata Terbitan. Contohnya, buku ialah Kata Nama atau Kata Dasar. Bila ditambah dengan imbuhan dan 'mem-' '-kan', ianya menjadi Kata Kerja [Kata Terbitan] iaitu 'membukukan'.

Jadi, bila Hukum Pertama ini digunakan ke atas perkataan 'membukukan', maka hasil tulisan ringkas ialah 'mbukukn'. Secara automatik pembaca akan faham yang 'mbukukn' itu adalah 'membukukan'dan tidak difahami / disebut yang lain.

Kenapa 'mbukukn' tidak ditulis 'mbkukn'? Kan lebih ringkas? Persoalan ini dijawap oleh hukum yang seterusnya iaitu Hukum Kedua.

Hukum Kedua

"Meletakkan atau membuang huruf vokal di kedudukan yang wajar pada kata dasar"

Hukum ini mencadangkan penulis supaya 'mengedit' mana-mana kata dasar yang boleh mengguna pakai Hukum Pertama tadi. Contohnya, 'kereta' boleh ditulis menjadi 'kreta'. Mengapa tidak 'keret'atau 'kerta'?

Jawapannya ialah, perkataan tersebut akan menjadi tidak logik lagi [difahami secara logik]. Sebab itu Hukum Kedua mencadangkan agar suatu huruf vokal yang ingin kita buang dari kata dasar perlu dipilih dengan wajar untuk mengekalkan logik perkataan tersebut.

Kembali kepada 'mbkukn' tadi, ianya boleh membawa maksud yang lain jika ditulis begitu iaitu'membekukan'. Jadi, kekeliruan boleh dielak menggunakan Hukum Kedua ini.

Hukum Ketiga

Hukum Pertama dan Hukum Kedua adalah bersifat 'eksklusif'. Ianya mungkin tidak dapat untuk digunakan ke atas semua perkataan, dalam semua keadaan. Masih ada beberapa perkataan yang 'melanggar' kedua-dua hukum tadi. Sebagai contoh, 'eja' bukanlah kata dasar bagi 'meja'. Begitu juga 'ada' kepada 'keadaan'. Justeru, Hukum Ketiga ini adalah alternatif dan bersifat fleksibel untuk melengkapkan kelompangan [had batasan] yang wujud pada Hukum Pertama dan Kedua.

"Suatu perkataan hendaklah ditulis mengikut pemahaman piawaian umum [standard] atau sekurang-kurangnya tidak lari dari maksud pokok kata dasar"

Hukum Ketiga menyarankan agar penulis yang ingin menulis dengan tulisan yang ringkas, untuk tujuan lebih pantas [cepat], tapi dijamin boleh difahami oleh semua orang yang membacanya sama ada hasil tulisan tangan, ataupun hasil taipan jari.

Hukum ini sebenarnya memberi peluang kepada penulis untuk membuat hasil yang lebih baik mengikut kreativiti masing-masing.

Hasilnya, seseorang itu dapat menjimatkan ruang; masa dan ruangan, membantu meningkatkan kemahiran membaca dan kefahaman, dan yang lagi penting ialah, menjaga 'murni dan harmoni' lenggok dan tutur Bahasa Melayu itu sendiri di semua keadaan [tulisan atau ucapan].

Bahasa Jiwa Bangsa.

Selamat mencuba! ;D

Komen saya : elok sangat di praktikkan ketika kita ingin menulis sebarang nota atau catatan ketika berhadapan dengan prosepk/pelanggan yang di temui supaya segala apa percakapan prosepk/pelanggan tersebut tiada satu pun yang tertinggal dan terlupa yang ingin beliau perkatakan. Latihan demi latihan perlu di pratikkan sentiasa supaya kesempurnaan dapat di lakukan. Terima kasih kepada penulis blog yang sanggup berkongsi idea yang baik dan bernas.
Read more >>

Isnin, 1 Ogos 2011

CEKAL


Kecekalan dalam melakukan jualan amat di perlukan

Ini adalah kerana

i.                     Terdapat pelbagai ragam dan jenis prospek/pelanggan yang harus anda hadapi

ii.                   Jika tidak berjaya, anda tidak mudah putus asa dan merana

iii.                  Tiada istilah kekecewaan dan kegagalan dalam diri anda

iv.                 Sanggup menghadapi segala rintangan, dugaan dan cabaran

v.                   Tidak mudah mendengar kata-kata yang negatif

vi.                 Sanggup melakukannya walaupun berkali-kali

vii.                Pendirian anda akan menjadi lebih kukuh dan kuat lagi

viii.              Memastikan idaman dan matlamat anda lebih mudah tercapai dan terlaksana

ix.                 Tiada siapa boleh menghasut anda

x.                   Anda sendiri menentukan hala tuju anda sendiri

Sentiasa ada sikap untuk cekal di dalam diri anda sendiri kerana anda sendiri yang menentukan kejayaan dan kemenangannya.



Read more >>