Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Selasa, 12 Julai 2011

UNTUK MENJADI HEBAT

Menjadi seorang yang hebat untuk menjual mestilah
i. fokus apabila melakukannya
ii. tiada siapapun di lahirkan sebagai jurujual yang hebat
iii. bukan bakat semulajadi tapi di pelajari
iv. berdampingan/berkawan dengan orang yang berjaya
v. tidak mengenal putus asa dan kecewa
vi. Perancangan yang positif pada diri, pasaran, pesaing dan sasaran
vii. Ikut perancangan awal bukannya naluri
viii. tidak sama sekali bergantung kepada nasib
Read more >>

Isnin, 11 Julai 2011

PENUTUPAN JUALAN / CLOSED SALE

Kenapa kejayaan jualan di kira dari penutupan jualan.

Sememangnya bagi mendapatkan hasil kerja kita yang utama adalah dari penutupan jualan dan bukan sama sekali dari taburan risalah/flyers/ pertemuan dengan prospek ataupun melalui presentasi yang kita lakukan.

Angka akhir adalah yang paling utama untuk semua orang mengenal pasti samada anda berjaya melakukannya ataupun tidak.

Bagi setiap organisasi, sasaran penutupan jualan amat di titik beratkan dan paling utama keputusan yang dikehendaki kerana

i. Menentukan samada boleh untung atau tidak

ii. Adakah produk yang di tawarkan masih laris dan di terima oleh orang ramai

iii. Adakah permintaan berada di pasaran

iv. Bolehkah produk yang di tawarkan bersaing dengan pesaing yang ada di pasaran

v. Mampu atau tidak untuk mendapatkan persetujuan seramai yang boleh dari prospek

vi. Kakitangan jualan yang di ambil adakah telah menjalankan tugasan mereka dengan betul dan bersungguh

vii. Kenal pasti kelebihan dan kekurangan produk yang ada dengan lebih baik dan jelas

viii. prestasi anda senang untuk di ketahui dan di ukur bukan setakat anda sahaja tetapi kepada pihak pengurusan juga

Selagi anda berjaya melakukan penutupan jualan selagi itulah anda boleh tersenyum untuk menerima imbuhan/ganjaran/komisen yang di tawarkan

Lakukan dahulu untuk anda kemudian baru fikirkan orang lain.
Read more >>

Ahad, 10 Julai 2011

ENERGETIK

Lakukan jualan kenalah energetik.
Takkanlah lembik semacam jer.
Bila anda energetik bermakna anda
i. memang bersemangat untuk melakukan jualan
ii. prospek di hadapan anda juga akan naik semangat juga
iii. anda akan lebih bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penutupan jualan
iv. tiada istilah kegagalan akan hadir dalam diri anda
v. sentiasa dahagakan kejayaan

Nak dapatkan energetik ini anda mestilah
i. menanam semangat yang kuat
ii. berfikiran positif sentiasa
iii. tidak mudah mengaku kalah
iv. ingat sasaran dan matlamat anda
v. tidur dan rehat kena cukup
vi. lupakan sebarang masalah terutama bila berhadapan dengan prospek
vii. tahu dan faham apa yang akan anda lalui nanti
viii. tindakan anda mestilah dalam perancangan yang telah anda aturkan terlebih dahulu

Datanglah apa juga cabaran, rintangan dan halangannya, pasti anda boleh melakukannya jua tanpa merasa kecewa, tertekan dan putus asa.
Read more >>

Sabtu, 9 Julai 2011

Kenapa Bangkangan Jualan terjadi?

Setiap kali melakukan jualan mesti berlaku ke tidak puasan hati di pihak prospek/pelanggan.

Setiap kali presentasi pasti tidak mudah untuk mereka menerima tawaran yang di tawarkan.

Pasti berlaku penolakan dan pelabagai lagi kesukaran yang kadang-kala melemahkan jiwa kental kita untuk melakukan jualan lagi

Kenapa proses ini terjadi? Pasti ada penyebabnya.

Antaranya adalah

i. Prospek/pelanggan tidak faham atau tidak puas hati dengan penerangan yang di berikan

ii. Mereka sebenarnya ada pilihan yang lain

iii. Mereka sebenarnya hanya nak menduga dan menguji anda

iv. Sememangnya mereka tidak mahu

v. Penerangan tidak menarik dan teruk untuk ambil perhatian mereka

vi. Terlalu banyak sampaikan cirri-ciri produk dari kelebihan dan keutamaan produk kepada prospek/pelanggan

vii. Prospek/pelanggan tengok anda tidak yakin/confident

viii. Produk knowledge anda kurang sesangat

ix. Anda sendiri tidak serius dan ambil berat akan apa yang anda lakukan

x. Produk pesaing lebih hebat

xi. Kesetiaan prospek/pelanggan kepada pesaing tak boleh di ubah lagi…



Anda mesti tahu menghadapinya supaya anda tidak gagal sentiasa

Tanpa ilmu macamana nak di amalkan

Belajar dari orang yang telah berjaya

Semakin ramai anda bertemu dengan prospek semakin matang pengalaman anda melakukan jualan
Read more >>

Jumaat, 8 Julai 2011

BANYAKKAN BERTANYA

Banyakkan bertanya lebih baik daripada banyakkan presentasi.

Semakin banyak makluman di terima semakin senang jualan di lakukan.

Semakin jualan mudah diterima semakin banyak pendapatan diterima.

Semakin banyak pendapatan diterima, semakin tinggi semangat kita melakukan jualan.

Sebab itu kena banyak bertanya bagi memudahkan

i. Ketahui info prospek/pelanggan sepertimana yang di kehendaki

ii. Mereka akan rasa di hargai dan di ambil berat

iii. Memahirkan lagi skil bertanya

iv. Dapat fahami apa yang di perlukan

v. Mengurangkan bangkangan

vi. Dapat sesuaikan tawaran produk yang di perlukan

vii. Semakin kita bertanya semakin jujur prospek/pelanggan memberikan info yang di kehendaki

Kena pandai cari ruang tunjukkan kesungguhan dan berusaha mendapatkan kepercayaan prospek/pelanggan

Jangan seperti mendapatkan maklumat mereka secara paksaan atau memaksa.

Berhemah dengan nada yang lembut dan sedap di dengari

Pastikan sebelum banyak bertanya kena ada skil mendengar dahulu
Read more >>