Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 7 Julai 2011

KERTAS DAN PEN

Sekeping kertas kosong dan sebuah pen amat di perlukan se waktu melakukan jualan kerana

i. Memudahkan dan membantu anda melakukan jualan

ii. Mengelakkan anda terlupa atau tertinggal sesuatu yang di anggap penting

iii. Prospek/pelanggan anda merasakan anda mengambil berat

iv. Penerangan secara menulis kebiasaannya bagi produk2 perkhidmatan

v. Anda lagi faham dan bertambah confident

vi. Tidak perlu berulang-ulang ketika penyampaian di lakukan

Bila keyakinan timbul bertambah lagi sempoi untuk terangkan kepada prospek/pelanggan

Banyak kemukakan soalan, banyak yang perlu anda ingatkan, catitkan supaya anda sama sekali tidak lupa

Anda confident, prospek/pelanggan anda lagi confident….
Read more >>

Rabu, 6 Julai 2011

BIAR JELAS DAN TERANG

Apabila anda memberi kefahaman produk kepada prospek anda pastikan

i. Mereka benar-benar memahami apa yang anda sampaikan

ii. Anda benar-benar bersedia

iii. Jangan lepas tangan begitu sahaja

iv. Jangan sama sekali melakukan ANGGAPAN yang prospek telah atau memang mengetahui

v. Kejujuran dan kesungguhan anda melakukan penyampaian di tonjolkan

vi. Memahami dan menyelami masalah prospek bersesuaian dengan keadaan prospek



Apabila prospek faham dan tahu yang amat sangat, kebiasaannya banyak bertanya lagi bagi pengesahan untuk diri beliau.

Mula menunjukkan minat untuk menerima tawaran yang di tawarkan

Kurangnya bangkangan jualan pada anda.

Tanda-tanda positif anda berjaya melakukannya
Read more >>

Selasa, 5 Julai 2011

PERANCANGAN

Perancangan perlu di lakukan setiap masa bagi membolehkan anda
i. Tentukan dahulu tugasan anda dari mula lagi
ii. Tahu akan yang anda hendak dan perlu lakukan
iii. Tersusun kerja anda
iv. Kenal pasti tujuan dan matlamat anda
v. Senang lakukan post mortem jika terdapat sebarang masalah yang timbul
vi. Tidak panik
vii. Kerja lebih tersusun dan berdisiplin
viii. Memudahkan tugasan
ix. Mengurangkan kebuntuan dan pergantungan pada orang lain
x. Lebih sistematik
Umpama mendirikan sebuah rumah anda sememangnya memerlukan sebuah plan/rangka kerja untuk membinanya dan siap sepertimana yang di rencanakan terlebih dahulu.
Read more >>

Isnin, 4 Julai 2011

KEPERLUAN BUKA BOOTH

Pabila buka booth pastikan

i. Anda berpakaian kemas
ii. Kaya dengan senyuman dan ramah sentiasa
iii. Jangan sesekali buat tak tahu jer bila orang datang sampai bakal pembeli pula bertanya dahulu
iv. Anda marah jangan tunjukkan, perbetulkan mood anda
v. Layanan kena mesra
vi. Anda dahulukan komunikasi bukan pelanggan
vii. Display kan barangan anda dengan cara yang menarik perhatian
viii. Jangan main ‘cin cai’ atau main mudah sahaja lakukan perhiasan
ix. Jgn dok relax dan santai saja
x. Dengan rakan sekerja elakkan bersembang sakan
xi. Jika berkumpulan, berpakat siapa yang kena duduk dan siapa yang kena merayau
xii. Penerangan biar ringkas, padat dan jelas
xiii. Sasarkan pelanggan anda, jangan main hentam kromo sahaja
Read more >>

Jumaat, 1 Julai 2011

CEMBURU

Melihat orang lain boleh melakukan jualan dan berjaya amat di cemburukan.
Kenapa anda tidak boleh berjaya seperti mereka yang telah berjaya melakukannya
Mungkin ini jawapannya
i. hanya hanya pandai bersifat cemburu sahaja
ii. hanya pandai mengatakan yang negatif sahaja tentang kejayaannya
iii. anda tidak reti sebenarnya tapi tidak mahu mengaku kebenarannya
iv. malas dan hanya menunggu peluang sahaja
v. cemburu anda mengatasi segala-galanya
vi. anda lebih rela menjadi orang yang kalah dari berjaya
vii. lebih baik mencari alasan dari berkata benar tentang diri anda
viii. anda menganggap orang yang berjaya kerana nasib sahaja
ix. cukuplah dengan apa yang ada selama ini tanpa perlu mengubahnya
x. anda merasakan anda dah terror dah... tak perlu lagi tambah ilmu & skil
Jadi siapa yang akan menangggung kerugian nanti hanya di sebabkan sikap cemburu anda?????
Read more >>