Selamat datang semoga boleh dimanfaatkan bersama. Terima kasih atas luangan masa anda di sini :] | orang tengah melawat | Follow or Dashboard

Khamis, 23 Jun 2011

PENGGUNAAN FLYERS - RISALAH

Kenapa Flyers amat di perlukan



Pengedaran melalui flyers – risalah penerangan amat mudah dan senang untuk di lakukan.

Ini adalah kerana :

i. Perkenalkan produk yang di tawarkan

ii. Perkenalkan diri anda di pasaran

iii. Cara mudah orang hubungi anda

iv. Senang orang nak buat rujukan

v. Kos yang rendah, biasanya fotokopi jer…

vi. Nak bawapun senang

vii. Senang juga nak letak/tampal kat mana anda suka

viii. Orang terima atau ambilpun senang nak simpan

ix. Tiada kos penyewaan atau bayaran lesen pengiklanan
Read more >>

Rabu, 22 Jun 2011

TIRU MACAM DEE JAY

Ramai antara kita begitu seronok mendengar siaran Radio tidak kira semasa memandu, di rumah atupun di tempat kerja.

Seolah-olah satu tarikan kepada pendengar begitu asyiknya mendengar celoteh deejay-deejaynya.

Adakah kita mampu lakukan seperti deejay-deejay berkenaan dalam menarik minat orang untuk mendengar?

Cukupkah latihan dan praktis pada diri kita dalam menarik minat orang mendengar presentasi anda?

Pelajari bagaimana deejay-deejay tersebut lakukan untuk menarik minat orang mendengarnya supaya kita juga boleh lakukannya juga.

Kalau orang lain boring mendengarnya, bagaimana anda boleh mendapatkan jualan

Tarik minatnya dulu untuk mendengarnya supaya tugasan anda menjadi lebih mudah dan senang lagi.
Read more >>

Selasa, 21 Jun 2011

MALU???

Rasa malu tetapi niat di hati ingin melakukan jualan.

Bagaimana untuk atasinya?

i. Belajar jangan menjadi malu, hadapinya juga

ii. Ikut rakan sekerja anda dan mula praktikkan apa yang anda lihat dan tonton

iii. Sentiasa berlatih dan terus berlatih sehingga anda telah yakin untuk lakukan

iv. Fahami lebih mendalam dan ketahui pengetahuan produk yang ingin di tawarkan

v. Sematkan di dalam hati kalau orang lain boleh lakukan kenapa tidak untuk diri anda sendiri

vi. Fikirkan secara positf dan anda pasti berjaya

vii. Malu biarlah kena dengan tempatnya
Read more >>

Isnin, 20 Jun 2011

BUKA MULUT

Nak lakukan jualan perlu ada kesabaran dan ketenangan. Bila bertemu sahaja terutama dengan orang-orang yang rapat dengan kita seperti saudara-mara kita, adik beradik kita, jiran tetangga kita ataupun kenalan kita, pastikan kita sentiasa rajin untuk membuka mulut kita sendiri. Bukan paksaan tapi penuh kerelaan dan keseronokkan untuk menceritakan dan menyampaikan segala info dan maklumat prouduk/perkhidmatan yang inigin di tawarkan. Sebabnya

I. Mereka sentiasa tahu perkembangan semasa dan terkini

II. Mereka yang banyak akan membantu samada menerima tawaran atau melakukan hebahan mulut

III. Latihan buat diri anda sentiasa bercakap tentang produk/perkhidmatan

IV. Hilang perasaan malu dan rendah diri. Yakin apa yang anda lakukan

V. Orang akan sentiasa tahu apa yang anda lakukan

VI. Anda sentiasa tidak menganggap orang lain lebih tahu dari diri anda sendiri tentang produk/perkhidmatan yang di tawarkan

VII. Belajar dari melakukan kesilapan dan jangan di ulangi apabila bertemu dengan prospek atau sasaran pelanggan.

VIII. Belajar ambil kesempatan dan ambil peluang ke atas kenalan anda

Read more >>

Ahad, 19 Jun 2011

PEMBUKAAN KAUNTER


Memang tidak di nafikan bahawa terdapat banyak cara yang pelbagai bagi mendapatkan jualan. Antara salah satu caranya adalah melalui pembukaan kaunter. Pembukaan kaunter yang di buka boleh di lakukan di lokasi-lokasi seperti berikut :
i. Premis Jabatan-jabatan kerajaan
ii. Sekolah-sekolah
iii. Pasaraya-pasaraya terkemuka
iv. Tempat tumpuan orang ramai seperti pameran atau event

Kenapa kita perlu membuka kaunter di tempat-tempat yang di nyatakan? Sering menjadi satu persoalan yang perlu di jawab dengan baik bagi memudahkan kita melakukannya. Kebanyakan kita yang membuka kaunter akan merasakan seperti membuang masa dan merasa leceh dan tidak bersemangat kerana mempamerkan muka-muka cantik dan kacak di khalayak ramai di samping terpaksa menempuh cuaca dan suasana yang panas dan hangat.
Walaupun begitu, kita masih di perlukan juga untuk membuka kaunter bagi tujuan seperti berikut :
i. Sebagai satu cara yang memudahkan kita memperkenalkan kepada orang ramai dan sasaran pelanggan akan produk-produk yang di tawarkan dengan mudah dan senang
ii. Ia juga akan memudahkan kita untuk ‘creates awareness’ di kalangan orang ramai tentang kewujudan produk kita bukan sahaja kita perkenalkan kepada orang ramai yang di temui tetapi juga orang ramai yang lalu lang di situ.
iii. Satu usaha promosi di kalangan ‘Sales Team’ yang hadir di waktu tersebut dalam usaha memperkenalkan diri secara mudah kepada orang ramai sebagai kehadiran kita di dalam organisasi yang di tugaskan.
iv. Orang ramai dan pelanggan-pelanggan akan merasa mudah dan mesra pelanggan untuk membuat segala pertanyaan dan kemusykilan yang ada di fikiran mereka yang mana orang ramai boleh mendapatkan maklumat dengan tepat dan segera.
Dengan adanya pembukaan kaunter ini semua Sales Team akan mudah memberikan segala penerangan yang di perlukan oleh pelanggan dan akan lebih memudahkan lagi menarik minat pelanggan. Negotiation dan Close Deal boleh di lakukan dengan segera jika kita dapat melakukan jualan semasa pembukaan kaunter.

Berikut adalah panduan dan etika semasa pembukaan kaunter :
i. Pastikan kaunter di buka mengikut masa yang telah di tetapkan
ii. Pastikan kaunter adalah kemas dan bersih
iii. Kaunter bukanlah tempat berlonggok untuk semua Sales Team dan tempat bersembang sesama sendiri
iv. Berpakaian kemas dengan penampilan diri yang baik
v. Sentiasa senyum dan ceria
vi. Sentiasa menghulurkan flyers dan pamphlet kepada orang yang lalu lalang
vii. Memastikan keperluan asas seperti mesin photo state yang portable di sediakan
viii. Dalam satu-satu masa terdapat seseorang dalam keadaan menunggu dan sebaik-baiknya melakukan giliran mengikut Jadual Waktu. Pastikan jangan sampai ketiadaan orang di situ.

Perancangan yang baik akan menghasilkan keputusan yang baik. Kenal pastikan dahulu lokasi yang ingin di buka kaunter dan dapatkan maklumat awal tentang kehadiran orang ramai, kesesuaian lokasi dan kemudahan asas bagi memudahkan kita membuka kaunter. Bagi lokasi yang di kenakan penyewaan, pastikan kadar sewaan yang di tawarkan adalah berpatutan dan murah. Lagi murah lagi bagus kerana kita perlu mengambil kira berapa banyak kos yang di tanggung berbanding dengan jualan yang boleh di hasilkan. Keupayaan mendapatkan tapak kaunter secara PERCUMA amat di galakkan. Apa yang penting, kebenaran dari pemunya lokasi di perolehi terlebih dahulu sebelum aktiviti di jalankan.

Sebaik-baiknya 2 atau 3 hari sebelum pembukaan kaunter di lakukan, edarkan dahulu flyer-flyer di sekeliling premis-premis pejabat atau jabatan-jabatan kerajaan jika ada yang berdekatan dengan lokasi pembukaan kaunter nanti. Maklumat yang di beri haruslah tepat dan benar dan tumpukan mereka semasa waktu mereka samada waktu rehat makan tengah ari ataupun semasa mereka akan balik dari pejabat. Tampalan flyer-flyer juga di galakkan terutamanya di notis board premis pelanggan ataupun di dinding-dinding pejabat mereka terutamanya sekali di ruangan bilik makan mereka.

Adalah menjadi harapan saya agar aktiviti pembukaan kaunter dapat di buka di serata tempat yang strategik dan tumpuan orang ramai menjadi salah satu agenda penting pada SALES TEAM anda. Susun jadual waktu aktiviti setiap hari agar pembukaan kaunter dapat di lakukan. Per tingkatkan Sales dengan memperhebatkan pembukaan kaunter walau di mana jua.
Read more >>